Kunjungan delegasi Pejabat TNC Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (TNCHEJIM) UKM ke KITA, 2 Mac 2026

Institut Kajian Etnik (KITA) telah berbesar hati menerima kunjungan delegasi Pejabat TNC Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (TNCHEJIM) UKM ke Pejabat KITA pada hari ini, 2 Mac 2026. Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) YBrs. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali dan disertai oleh Pengarah Yayasan Canselor YBrs. Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed dan Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Industri & Komuniti (I-KOM) YBrs. Dr. Adliah Mhd Ali telah disambut mesra oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, wakil pengurusan dan felo-felo KITA. Antara lain perkara yang telah dibincangkan semasa kunjungan tersebut termasuklah projek penyelidikan dan kegiatan advokasi awam yang dijalankan di KITA yang dapat menyumbang ke arah pemerkasaan jaringan industry dan komuniti di Bawah portfolio TNCHEJIM.
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.
