Kunjungan rasmi delegasi IAIN Curup Bengkulu, Indonesia, 2 Disember 2025

Pada 2 Disember 2025 (Selasa), KITA telah berbesar hati menerima kunjungan rasmi delegasi dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Curup Bengkulu, Indonesia. Atur cara kunjungan delegasi kira-kira 17 orang tersebut antara lain melibatkan aktiviti kuliah pagi, kolokium pelajar IAIN dari program S3 Manajemen Pendidikan Islam dan S2 Bimbingan & Kaunseling Pendidikan Islam, dan majlis menandatangan LoI bersama. Kesemua aktiviti tersebut telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Keris Perdana, Aras 3 Blok Pentadbiran Kolej Keris Mas dan dihadiri oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Timbalan Pengarah KITA Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid dan felo-felo KITA selaku pengulas kolokium.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.

Klik di sini untuk paparan album foto @ Facebook KITA