Lawatan delegasi Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), 24 Jun 2025

Pada 24 Jun 2025 (Selasa), KITA telah menerima kunjungan rasmi Dr. Firly Annisa dan Dr. Subkhi Ridho dari Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia. Disambut oleh Timbalan Pengarah KITA Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid dan Felo Penyelidik KITA Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham selaku Pengurus Kursi UNESCO UKM, antara tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk perbincangan dan pertukaran idea berkenaan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan antara UMY dengan UNESCO UKM yang ditempatkan di KITA-UKM.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG17.