Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Kursi Tun Dr. Ismail 1/2025, 16 Oktober 2025

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Kursi Tun Dr. Ismail (KTDI) telah berlangsung buat pertama kalinya pada 16 Oktober 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM Kampus Bangi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Indusri dan Masyarakat) turut dihadiri oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik), Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, MINDA-UKM), Tuan Haji Mohd Azli Bin Mohd Kasirun (Bendahari UKM), Izamael Zamzuri bin Ismail (Pengarah, Bahagian Governan IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, KPT), dan wakil-wakil utama institut, jabatan dan kementerian berkaitan. Agenda utama mesyuarat ini antara lain melibatkan perancangan kewangan tahunan KTDI dan pelantikan pemegang jawatan-jawatan utama termasuk Pengurus dan Penyandang Kursi.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, SDG11 dan SDG17.