Mesyuarat Memuktamadkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Madani 2035 (Pelan Tindakan PBM 2035), 22 Januari 2026
Pada 22 Januari 2026 (Khamis), Felo Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Memuktamadkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Madani 2035 (Pelan Tindakan PBM 2035) di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Partisipasi beliau adalah selaku Pakar Rujuk Pelan Tindakan PBM 2035 yang telah dilantik sejak 20 Jun 2024.
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG10, SDG16 dan SDG17.
