Pelantikan sebagai Penasihat Kelab UNESCO UKM, 10 November 2025

Seluruh warga Institut Kajian Etnik (KITA), UKM mengucapkan syabas dan tahniah buat Felo Penyelidik KITA dan Pengurus Kursi UNESCO-UKM Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham atas pelantikan sebagai Penasihat Kelab UNESCO UKM berkuat kuasa dari 10 November 2025 hingga 9 November 2027.
Ini sekaligus memperlihatkan, kelab UNESCO UKM yang merupakan sebuah badan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, secara rasminya berada di bawah pengelolaan kursi UNESCO-UKM bersama-sama UKM GLOBAL.
Semoga Dr. Akqmie terus cemerlang menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara.
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.