Pemakluman Pelantikan Pembantu Penyelidik KITA, 12 Disember 2022

Sukacita dimaklumkan pelantikan Cik Nur’aina Safwah binti Adnan sebagai Pembantu Penyelidik bagi projek kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2022 (IKK 2022) (UKMP-S220322), mulai 12 Disember 2022.
Projek ini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak dan sedang berlangsung dari 1 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2023.