Pembentangan kajian IPNas 2025 kepada Menteri Perpaduan Negara, 5 Februari 2026

Pada 5 Februari 2026 (Khamis), Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak selaku Ketua Operasi Indeks Perpaduan Nasional Tahun 2025 (IPNas 2025) telah diundang untuk membentangkan kajian IPNas 2025 kepada YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Kementerian Perpaduan Negara, Putrajaya.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG12 dan SDG17.