Penerima Perkhidmatan Perundingan LPPKN – Tender Terbuka, 1 Ogos 2022

Seluruh warga KITA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak selaku penerima perkhidmatan perundingan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (LPPKN) secara tender terbuka, untuk projek Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2022 (IKK 2022) yang berjumlah RM900,093.82. Projek ini akan berlangsung untuk 13 bulan mulai 1 Ogos 2022.