Pertukaran Ketua Jaminan Kualiti KITA, 31 Oktober 2025


Seluruh warga Institut Kajian Etnik (KITA) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Felo Penyelidik Dr. Shazlin Amir Hamzah atas khidmat dan sumbangan selaku Ketua Jaminan Kualiti (KJK) KITA dari 1 November 2022 dan berakhir pada hari ini, 31 Oktober 2025.

Sekaligus, setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah buat Felo Penyelidik Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah sempena pelantikan selaku Ketua Jaminan Kualiti (KJK) KITA untuk tempoh tiga tahun mulai 1 November 2025.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG16.