Pertukaran Penyelaras Program Siswazah KITA, 1 November 2025



Seluruh warga Institut Kajian Etnik (KITA) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Felo Penyelidik Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah atas khidmat dan sumbangan selaku Penyelaras Program Siswazah KITA dari 1 April 2022 sehingga 31 Oktober 2025.

Sekaligus, setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas diucapkan buat Penyelaras Program Siswazah KITA baharu, Felo Penyelidik Dr. Shazlin Amir Hamzah yang telah dilantik bagi tempoh tiga tahun mulai 1 November 2025.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG16.