Perunding Kajian Indeks Perpaduan Nasional Ketiga (IPNas ke-3), 6 Februari 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik sebagai Perunding bagi Kajian Indeks Perpaduan Nasional Ke-3 (IPNas ke-3) bagi tempoh 7 Februari 2025 hingga 6 Februari 2026. Projek kajian IPNas ke-3 tersebut diketuai oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin selaku Ketua Projek dan Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak selaku Ketua Operasi. Pada 19 April 2025 Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah mengumumkan pelaksanaan kutipan data di lapangan bagi projek kajian IPNas ke-3 bermula 28 April ini di seluruh negara.
Semoga KITA terus cemerlang menyumbang khidmat dan kepakaran kepada masyarakat dan negara.
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG16.