Selamat datang Prof. Madya Dr. Zaini Othman ke KITA

Seluruh warga KITA mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan pelantikan YBhg. Prof. Madya Dr. Zaini bin Othman sebagai Felo Penyelidik Kanan mulai 1 Jun 2022 di KITA-UKM. Beliau akan membantu KITA-UKM dalam penyelidikan antaranya mengangkat Projek Borneo@KITA. Selain dari penyelidikan beliau juga akan turut terlibat dengan akademik, advokasi awam dan tugas-tugas lain dalam mempromosi ilmu kepada masyarakat. Vitae kurikulum Prof. Madya Dr. Zaini boleh dirujuk di pautan berikut: https://www.ukm.my/kita/academic/zaini-othman/

Semoga sumbangan dan komitmen beliau dapat meningkatkan lagi kecemerlangan KITA-UKM di peringkat UKM, kebangsaan dan antarabangsa.