kNovasi 2025

kNovasi ialah singkatan kepada Kongres dan Pertandingan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Ia merupakan acara tahunan anjuran Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 2009. kNovasi adalah satu platform yang menghimpunkan penyelidik dan inovator dari institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri bagi mempamerkan dan berkongsi inovasi terkini dalam pengajaran, pembelajaran, pentaksiran serta pembangunan kurikulum. Kongres dan Pertandingan Inovasi ini bukan sahaja meraikan kreativiti dan daya cipta dalam dunia pendidikan, malah menjadi medium untuk membina jaringan profesional, menambah baik amalan pedagogi, serta memupuk kelestarian dalam pendidikan.. Semua makalah hasil daripada kNovasi telah diterbitkan dalam jurnal Asean Jurnal Teaching and Learning in Higher Education (AJTLHE) dan juga buku yang diterbitkan oleh Penerbit UKM. Sementara produk dan inovasi PdP yang telah dipertandingkan disebar luas melalui saluran YouTube Pengajaran-UKM.

Merevolusikan Pembelajaran Demi Masa Depan Mampan

Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ialah satu pertandingan untuk ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi mempamerkan idea/produk/inovasi pendidikan tinggi yang inovatif dan berdaya saing. Ini termasuk analisis pembelajaran, virtual/augmented reality, pedagogi/pendekatan e-pembelajaran, alatan multimedia, aplikasi komputer, aplikasi mudah alih dan sistem serta bidang berkaitan lain. Pertandingan Inovasi PdP terbuka kepada semua ahli akademik dan pihak industri yang berminat mencipta penyelesaian dan melakukan penambahbaikan dalam PdP. Peserta akan mempertandingkan inovasi dan produk PdP hasil penerokaan idea baharu dalam pengajaran dan pembelajaran masa depan. Sementara, pertandingan inovasi kategori pelajar sekolah yang digelar Pertandingan Inovator Digital Muda mencungkil bakat innovator digital muda yang berumur 18 tahun ke bawah dalam menghasilkan sebuah filem pendek yang menggunakan teknologi AI. Pertandingan Pembentangan Makalah ialah satu pertandingan untuk ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi membentangkan idea/produk/inovasi pendidikan tinggi yang inovatif dan berdaya saing. Ini termasuk analisis pembelajaran, virtual/augmented reality, pedagogi/pendekatan e-pembelajaran, alatan multimedia, aplikasi komputer, aplikasi mudah alih dan sistem serta bidang berkaitan lain. Pengarang bagi abstrak panjang yang telah diterima, dijemput dan digalakkan untuk menghantar kertas kerja penuh untuk penerbitan dalam jurnal ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTLHE), berindeks Mycite, atau Bab dalam Buku Penerbit UKM) .

SUB TEMA

Kurikulum Program Pengajian Inovatif (Innovative Academic Programme Curriculum)

Pengajaran Transformatif (Transformative Teaching)

Pentaksiran Alternatif (Alternative Assessment)

Pengalaman Pembelajaran Imersif (Immersive Learning Experiences)

  • Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya (Virtual Immersive Learning Experiences)
  • Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended Immersive Learning Experiences)
  • Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka (Face-to-Face Immersive Learning Experiences)

KATEGORI

Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ialah satu pertandingan untuk ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi mempamerkan idea/produk/inovasi pendidikan tinggi yang inovatif dan berdaya saing. Ini termasuk analisis pembelajaran, virtual/augmented reality, pedagogi/pendekatan e-pembelajaran, alatan multimedia, aplikasi komputer, aplikasi mudah alih dan sistem serta bidang berkaitan lain.

Pertandingan Inovasi PdP terbuka kepada semua ahli akademik dan pihak industri yang berminat mencipta penyelesaian dan melakukan penambahbaikan dalam PdP. Peserta akan mempertandingkan inovasi dan produk PdP hasil penerokaan idea baharu dalam pengajaran dan pembelajaran masa depan. Sementara, pertandingan inovasi kategori pelajar sekolah yang digelar Pertandingan Inovator Digital Muda mencungkil bakat innovator digital muda yang berumur 18 tahun ke bawah dalam menghasilkan sebuah filem pendek yang menggunakan teknologi AI. Pertandingan Pembentangan Makalah ialah satu pertandingan untuk ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi membentangkan idea/produk/inovasi pendidikan tinggi yang inovatif dan berdaya saing. Ini termasuk analisis pembelajaran, virtual/augmented reality, pedagogi/pendekatan e-pembelajaran, alatan multimedia, aplikasi komputer, aplikasi mudah alih dan sistem serta bidang berkaitan lain. Pengarang bagi abstrak panjang yang telah diterima, dijemput dan digalakkan untuk menghantar kertas kerja penuh untuk penerbitan dalam jurnal ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTLHE), berindeks Mycite, atau Bab dalam Buku Penerbit UKM) .

PERTANDINGAN INOVASI

PERTANDINGAN PEMBENTANGAN MAKALAH

PERTANDINGAN INOVATOR DIGITAL PELAJAR - VIDEO KREATIF AI

PESERTA (Bukan pembentang/walk-in)

Dibangunkan oleh Pengajaran UKM. Hakcipta © 2025 Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Penafian : Sepanjang melayari laman web ini, anda boleh terpaut dengan lain-lain laman web yang bukan di bawah kawalan PENGAJARAN-UKM tiada kawalan terhadap isi, jenis dan ketersediaan laman web berkenaan.  Pautan tertera dan tersedia tidak seharusnya memberi andaian sebagai suatu syor galakan atau pengesahan kepada pandangan yang terungkap.

ms_MYMS