Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, UKM bermula 2009. Sejak ia dianjurkan, kNovasi telah menarik minat ramai penyelidik dan inovator dari peserta institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri. Dalam kNovasi 2020, lebih 250 makalah serta inovasi telah diterima dan banyak makalah telah diterbitkan dalam jurnal berindeks dan sebuah buku yang diterbitkan oleh Penerbit UKM serta beberapa makalah lain berada dalam proses penerbitan. Sementara itu, produk dan inovasi PdP yang telah dipertandingkan telah disebarluaskan di seluruh Malaysia dalam empat siri Majalah kNovasi.

Hubungi  I   Misi & Visi  I  UKM  I  Dokumen 

Dibangunkan oleh Pengajaran UKM. Hakcipta © 2024 Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Penafian : Sepanjang melayari laman web ini, anda boleh terpaut dengan lain-lain laman web yang bukan di bawah kawalan PENGAJARAN-UKM tiada kawalan terhadap isi, jenis dan ketersediaan laman web berkenaan.  Pautan tertera dan tersedia tidak seharusnya memberi andaian sebagai suatu syor galakan atau pengesahan kepada pandangan yang terungkap.

TARIKH PENTING

Pembentangan Makalah Penyelidikan

Tarikh akhir penghantaran abstrak panjang - 7 JULAI 2023 21 JULAI 2023
Makluman penerimaan abstrak - 14 JULAI 2023 24 JULAI 2023
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh - 7 OGOS 2023
Tarikh buka pendaftaran - 14 JULAI 2023
Tarikh tutup pendaftaran & pembayaran yuran - 15 OGOS 2023 23 OGOS 2023


Pembentangan Makalah Penyelidikan

Tarikh akhir penghantaran abstrak panjang - 7 JULAI 2023 21 JULAI 2023
Makluman penerimaan abstrak - 14 JULAI 2023 24 JULAI 2023
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh - 7 OGOS 2023
Tarikh buka pendaftaran - 14 JULAI 2023
Tarikh tutup pendaftaran & pembayaran yuran - 15 OGOS 2023 23 OGOS 2023


TARIKH PENTING

Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi

Tarikh akhir penghantaran abstrak - 7 JULAI 2023 21 JULAI 2023
Makluman penerimaan abstrak - 14 JULAI 2023 24 JULAI 2023
Tarikh tutup penghantaran tiga minit video - 21 OGOS 2023 27 OGOS 2023, 11.59 PM
Tarikh buka pendaftaran - 14 JULAI 2023
Tarikh tutup pendaftaran & bayaran - 15 OGOS 2023 23 OGOS 2023




Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi

Tarikh akhir penghantaran abstrak - 7 JULAI 2023 21 JULAI 2023
Makluman penerimaan abstrak - 14 JULAI 2023 24 JULAI 2023
Tarikh tutup penghantaran tiga minit video - 21 OGOS 2023 27 OGOS 2023, 11.59 PM
Tarikh buka pendaftaran - 14 JULAI 2023
Tarikh tutup pendaftaran & bayaran - 15 OGOS 2023 23 OGOS 2023




PANGGILAN PEMBENTANGAN MAKALAH PENYELIDIKAN

Semua makalah mestilah asli dan tidak pernah dihantar ke mana-mana persidangan. Makalah tersebut adalah dialu-alukan namun tidak terhad kepada sub-tema berikut:

1. KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN INOVATIF
2. PEMBELAJARAN TRANSFORMATIF
3. PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF
4. PENTAKSIRAN ALTERNATIF

Makalah terpilih akan dijemput untuk dipanjangkan yang akan diterbitkan dalam jurnal berindeks seperti ESCI, Scopus dan MyCite. Manakala, lain-lain makalah akan dijemput untuk dipanjangkan sebagai bab dalam buku yang diterbitkan oleh Penerbit UKM.​ ​​

PANGGILAN PEMBENTANGAN PERTANDINGAN INOVASI

Semua peserta dari institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri adalah dijemput untuk menyertai Pertandingan Inovasi yang dibuka mengikut kategori berikut:

1. KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN INOVATIF
2. PEMBELAJARAN TRANSFORMATIF
3. PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF
4. PENTAKSIRAN ALTERNATIF

Media Sosial kNovasi

PROGRAM SEIMBAS PANDANG

SELASA, 5 SEPTEMBER 2023
PRA-KONGRES

MASA

PROGRAM

9.00am – 11.00am

 

BILIK 1

Regenerating Instructional

Design with AI for Immersive Learning Experience

Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Binti Mohd Sharef

9.00am – 1.00pm

 

BILIK 2

Pengajaran Imersif dengan Metaverse

Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman

JADUAL BICARA TUNTAS PERTANDINGAN INOVASI

Bersama membentuk masa depan dalam Pengajaran dan Pembelajaran melalui Pertandingan Inovasi P&P UKM​

Marilah kita terokai idea-idea baharu untuk masa depan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam semua sektor pendidikan di Malaysia.

Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi, guru dan pelajar sekolah, serta pihak industri, merangkumi

semua yang berminat mencipta penyelesaian dan melakukan penambahbaikan dalam P&P. Semua inovasi akan diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada ahli

akademik dan pihak industri serta awam Pemenang-pemenang dalam setiap kategori akan membawa pulang pingat, wang tunai dan sijil penyertaan.

Penyertaan kNovasi 2023 ini terbuka kepada ANDA yang mempunyai idea-idea kreatif, inovatif dan unik. 

Bersama kita mencipta masa depan dan mengilham harapan.

Tarikh akhir penghantaran abstrak adalah : 7 JULAI 2023 21 JULAI 2023

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan inovasi pengajaran dan pembelajaran kNovasi 2023 terdiri daripada dua kategori iaitu kategori am dan kategori pelajar.

1. Kategori am terbuka kepada semua ahli akademik di Institut Pengajian Tinggi dan tenaga pengajar di sektor pendidikan.

Pertandingan kategori am akan dibahagikan kepada tiga (3) subtema:

a) Kurikulum Program Pengajian Inovatif 

b) Pembelajaran Transformatif

c) Pengalaman Pembelajaran Imersif

d) Pentaksiran Alternatif

2. Kategori pelajar terbuka kepada semua pelajar sekolah dan penuntut Institut Pengajian Tinggi (dengan pembuktian kad pelajar).

*Hanya pembentang yang perlu mendaftarkan nama manakala ahli lain dalam kumpulan akan turut serta sebagai peserta biasa.

KAEDAH PENGHANTARAN ABSTRAK

Penyertaan Pertandingan Inovasi P&P boleh dibuat dengan menghantar abstrak
dalam aplikasi kNovasi2023.Kedua-dua penggunaan Bahasa Melayu atau Inggeris adalah dibenarkan.Had jumlah perkataan dalam abstrak adalah 200 patah perkataan.Tarikh penghantaran akhir abstrak adalah 7 JULAI 2023  21 JULAI 2023 jam 11:59 malam.Status penerimaan abstrak anda akan dimaklumkan melalui emel.Abstrak tidak boleh diubah (nama pengarang, tajuk dan kandungan) selepas
tarikh akhir untuk penyerahan abstrak.Jika abstrak anda berjaya dipilih, pendaftaran dan bayaran perlu dibuat sebelum
15 OGOS 2023 untuk memastikan penyertaan anda diterima.

KAEDAH PENYEDIAAN PEMBENTANGAN DAN PENGHANTARAN VIDEO

Anda perlu menyediakan satu klip video pembentangan selama tiga (3) minit.Kandungan video haruslah merangkumi:Pengenalan kepada inovasi pengajaran dan pembelajaran.Justifikasi inovasi.Implementasi inovasi.Maklum balas dan usaha penambahbaikan.Impak dan Pengiktirafan (jika ada).Anda dikehendaki untuk menghantar klip video tersebut kepada jawatankuasa melalui aplikasi kNovasi2022 dengan pautan google drive sebelum 21 Ogos 2023 jam 11:59 malam.Anda boleh menghubungi knovasi@ukm.edu.my jika tidak menerima emel pengesahan dari JK Pertandingan Inovasi kNovasi 2023.

PENILAIAN INOVASI P&P

Setiap kategori pertandingan akan dinilai oleh:

Juri pakar akademikJuri pakar dari bidang IndustriJuri awam

Penilaian akan dibuat melalui dua proses berikut:

1. Penilaian klip video dalam talian oleh juri awam:

a. Klip video anda akan dimuat naik oleh Urus Setia ke dalam Youtube Pengajaran-UKM seminggu sebelum persidangan dengan juri awam akan membuat penilaian.

b. Sila war-warkan kepada rakan-rakan anda (juri awam) untuk menilai hasil inovasi pengajaran-pembelajaran anda.

c. Markah akan diberikan berdasarkan undian “likes” klip video dari juri awam di Youtube Pengajaran-UKM dalam tempoh seminggu dan ditutup pada 5hb September jam 11:59 malam.

2. Penilaian klip video dalam talian oleh juri pakar akademik dan juri pakar dari bidang industri:

a. Pembentangan klip video dan sesi soal jawab akan berlangsung pada 6hb September 2023. Klip video tiga (3) minit tersebut akan ditayangkan untuk penilaian juri diikuti dengan sesi soal jawab selama 10 minit. Setiap pembentangan diumpukkan 15 minit bagi setiap slot (tiga minit pembentangan video, 10 minit soal jawab dan 2 minit tempoh tangguh/grace period).

b. Kriteria Penjurian merangkumi:

Rasional inovasiPendekatan inovasiKeterlibatan pihak berkepentingan dalam melaksanakan inovasiImpak dan Keberkesanan InovasiPersembahan video

3. Komunikasi peserta dan pembentang boleh dilakukan melalui emel pembentang yang terdapat dalam aplikasi kNovasi2023 dan pelantar dalam talian yang disediakan.

PEMENANG PERTANDINGAN INOVASI

Pemenang akan diumumkan pada 7hb September 2023.

 

Hadiah pemenang bagi Pertandingan Inovasi (mengikut setiap tema) adalah seperti di bawah:

Tempat Pertama : Hadiah wang tunai berjumlah RM1000.00, pingat dan sijil penyertaan.Tempat Kedua : Hadiah wang tunai berjumlah RM700.00, pingat dan sijil penyertaan.Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai berjumlah RM500.00, pingat dan sijil penyertaan. Hadiah pemenang bagi Pertandingan Inovasi (Pelajar) adalah seperti di bawah:Tempat Pertama : Hadiah wang tunai berjumlah RM1000.00, pingat  dan sijil penyertaan.Tempat Kedua : Hadiah wang tunai berjumlah RM700.00, pingat dan sijil penyertaan.Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai berjumlah RM500.00, pingat dan sijil penyertaan.

 

Hadiah pemenang bagi Pembentangan Makalah (mengikut setiap tema) adalah seperti di bawah:Tempat Pertama : Hadiah wang tunai berjumlah RM500.00, sijil anugerah dan sijil penyertaan.Tempat Kedua : Hadiah wang tunai berjumlah RM300.00, sijil anugerah dan sijil penyertaan.Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai berjumlah RM200.00, sijil anugerah dan sijil penyertaan

TERMA DAN SYARAT

Setiap pendaftaran penyertaan akan menerima e-sijil penyertaan. Perserta boleh menyemak jadual pembentangan masing-masing paling lewat seminggu sebelum kNovasi 2023.

Pembentang mesti mendaftar sebelum 15 OGOS 2023.Kegagalan untuk mendaftar boleh menyebabkan penyertaan dikeluarkan daripada program kNovasi 2023 dan jika bayaran telah dibayar ia tidak akan dikembalikan.Penganjur kNovasi 2023 berhak untuk memperuntukkan penyertaan yang diterima ke dalam sesi yang difikirkan sesuai mengikut objektif keseluruhan program.Keputusan penganjur kNovasi 2023 adalah muktamad.
ms_MYMalay