Malam Anugerah Pelajar ke-19

17 Mei 2016- Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) telah berjaya menganjurkan Malam Anugerah Pelajar kali ke-19 pada 15 Mei 2016. Acara tahunan ini diadakan bagi menghargai segala usaha, sumbangan dan pencapaian pelajar KTHO sepanjang sesi pengajian 2015/2016.

MAP19 pada tahun ini bertemakan The Phantom of The Opera. Kesemua penghuni KTHO mengambil peluang untuk memperagakan pakaian masing-masing mengikut tema yang telah ditetapkan. Acara ini diserikan lagi dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Rahman (Presiden MUBARAK Malaysia) dan Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (TNC HEPA UKM) dan barisan pentadbiran Kolej Tun Hussein Onn.

20160515_234128

20160516_00431620160516_00335220160516_004852