PRASADA MENAWAN FESTER

2 Dec 2016 – Prasada, kelab teater Kolej Tun Hussein Onn telah menempah nama sebagai johan Festival Teater (FESTER). Setelah berlatih hampir 2 bulan dengan gigih, Prasada telah berjaya merangkul anugerah skrip terbaik, pelakon pembantu terbaik, pelakon wanita terbaik serta pengarah terbaik.

Ini menjadi kebanggaan bagi Kolej Tun Hussein Onn yang sentiasa menggalakkan warganya untuk terus mengembangkan potensi diri dalam bidang yang diminati. Kejayaan ini seharusnya menjadi teladan kepada warga kolej tentang kegigihan dan keazaman yang tinggi bagi menawan puncak kejayaan.

TAHNIAH PRASADA!

#KTHOakrab
#Prasada
#Sedarah