MINGGU APRESIASI WATAN (MAW) SESI 2022/2023

Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2022/2023 merupakan satu program yang dianjurkan khas buat kesemua pelajar baharu sesi kemasukan 2022/2023 yang bertindak sebagai minggu orientasi pengenalan universiti kepada mereka. Setelah 2 tahun dijalankan secara atas talian, buat julung kalinya bagi sesi kali ini, minggu orientasi pelajar tersebut telah dijalankan selama 5 hari secara bersemuka. Program ini diadakan adalah untuk membantu mahasiswa/i baharu untuk mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan, pengalaman serta menyiapkan diri untuk berdepan dengan pelbagai cabaran yang akan dihadapi sepanjang pengajian mereka di Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Pelbagai aktiviti dan modul telah disediakan oleh pihak penganjur kolej bagi memastikan minggu orientasi tersebut bermanfaat serta memberi peluang kepada mahasiswa/i baharu untuk menyerlahkan potensi dan bakat mereka secara berkesan. Antara slot program yang telah disediakan khusus oleh para pemudah cara kolej adalah Breaking The Ice, Ultras Pardus, Mandat Eksekutif Ungku Omar, dan aktiviti Prakarsa/Domain Kemenjadian Pelajar.