MOBILITY TALK : CONTEMPORARY MOBILITY

Pelaksanaan aktiviti mobiliti sebelum ini, dapat dijalankan dengan prosedur yang normal tanpa perlu mematuhi banyak prasyarat ataupun Standard Operating Procedure (SOP). Namun kini, disebabkan pandemik Covid-19 yang telah banyak mengubah cara hidup masyarakat, terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira dalam menjalankan aktiviti mobiliti. Oleh itu, program ini dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada pelajar yang berminat untuk melaksanakan aktiviti mobiliti. Diharap agar program ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam persediaan pelaksanaan aktiviti mobiliti tidak kira peringkat antarabangsa ataupun domestik.