Pra Induksi Majlis Eksekutif Pelajar Sesi 2021/2022

Program Pra Induksi yang dipimpin oleh Majlis Felo diadakan khas untuk barisan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) sesi 2021/2022 yang baru dilantik oleh pihak pentadbiran bagi memupuk dan meningkatkan nilai insaniah dan sifat kepimpinan dalam diri mereka. Pelbagai aktiviti dan modul yang diadakan selama 3 hari dan telah banyak membentuk peribadi mulia dan mengubah sikap mereka menjadi lebih baik dan matang.