SISWA TV : RENCANA INFORMASI VARSITI

Siswa TV merupakan salah satu program infotamik anjuran Sekretariat Akademik & Penyelidikan dengan kerjasama Sekretariat Integrasi & Perpaduan Kaum berkonsepkan rakaman video pendek berdurasi antara 3-4 minit. Secara ringkasnya, program ini melibatkan perkongsian pendapat oleh golongan speaker berbilang bangsa mengenai isu-isu terkini atau sedang hangat mengenai mahasiswa dan universiti. Video yang telah selesai dirakam akan disunting terlebih dahulu untuk penambahan grafik menarik dan sesuai sebelum dimuat turun melalui laman Instagram Sekretariat Akademik & Penyelidikan dan Youtube Pardus Series untuk tontonan umum. Untuk tempoh semester 1 yang lalu, 4 video yang mengupas berkenaan isu keselamatan dan kesukarelawanan telah dimuat turun dan berjaya mendapat tontonan sehingga 700 orang. Program yang bertemakan ML Studio ini diharapkan mampu mencapai inisiatif Kolej Ungku Omar dalam usaha mewujudkan medium penyampaian maklumat dan informasi dalam bentuk yang lebih ringkas, padat serta menarik.