WEEK OF PROPHET MUHAMMAD SAW: MORAL AND HIS MANNERS

Program ini dijalankan secara dalam talian menggunakan platform Instagram Kelab
Iqra’selama seminggu. Program ini bertemakan ‘Your Manners, Inspire Us’. Sambutan
Maulidur Rasul disambut setiap tahun bersempena memperingati Nabi Muhammad
SAW yang merupakan utusan kepada sekalian makhluk pada akhir zaman. Baginda
telah mengajarkan kepada umat Islam tentang cara hidup yang berlandaskan syariah
Islam yang diturunkan oleh Allah SWT. Masyarakat terutamanya umat Islam menjadi
lebih beretika dan bertamadun selepas menerima ajaran dan pendidikan daripada
baginda. Oleh itu, pihak kami telah melaksanakan program ini bagi memastikan para
pelajar dapat menerima ajaran daripada ikutan contoh pendidikan oleh Nabi
Muhammad SAW berkenaan dengan adab dan akhlak baginda dengan harapan
mereka dapat mengaplikasikan ajaran tersebut dalam kehidupan seharian.