JERAYAWARA HEP-UKM KE KOLEJ UNGKU OMAR

Program Jerayawara HEP-UKM merupakan satu siri jelajah ke 11 kolej-kolej akademia UKM sama ada di kampus Bangi mahupun Kuala Lumpur secara berperingkat. Program anjuran Hal Ehwal Pelajar UKM ini telah berlangsung bermula daripada 22 Disember 2022 dengan menjadikan Kolej Tun Syed Nasir sebagai penerima kunjungan pertama HEP, sehinggalah ke 19 Januari 2023 yang meletakkan Kolej Ungku Omar sebagai penutup kepada siri jelajah tersebut.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk memastikan semua pelajar dapat mengetahui perkhidmatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh HEP-UKM terutama sekali mahasiswa/i baharu tahun 1 sesi 2022/2023.