Pejabat Penasihat Undang-Undang

 Pejabat Penasihat Undang-Undang, UKM

KATA ALUAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Pejabat Penasihat Undang-Undang UKM. Laman sesawang ini merupakan salah sumber maklumat perundangan universiti kepada seluruh Warga UKM dan menjadi sumber maklumbalas kualiti perkhidmatan yang disampaikan.

Pejabat ini sentiasa berusaha dan komited dalam menyampaikan perkhidmatan perundangan yang terbaik bagi memastikan kepuasan pelanggan serta kekal menjaga kepentingan universiti agar sentiasa terpelihara.

Saya berharap agar segala maklumat dan informasi yang disampaikan melalui laman sesawang ini sedikit sebanyak dapat membantu Warga UKM dalam mengetahui  perkara asas berkenaan perundangan dalaman universiti dengan berpaksikan prinsip perundangan “ignorance of the law excuses no one”.

Pejabat ini juga akan sentiasa mengemaskini maklumat serta menambahbaik perkhidmatan atas talian bagi melancarkan urusan perundangan. Oleh itu, saya mengalu-alukan segala cadangan dan teguran demi kebaikan Warga UKM.

Sekian, terima kasih.

Celik Undang-Undang Ke Arah Insan Berhemah


PROF. MAYA DR. SALAWATI MAT BASIR

Penasihat Undang-Undang

Universiti Kebangsaan Malaysia

Translate »