Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum

Program Sijil Profesional

Program Sijil Profesional merupakan program pendidikan bukan formal (non-formal education) berbentuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang memberi nilai tambah dalam meningkatkan tahap pofesionalisme individu dalam bidang tertentu. Program ini berbeza dengan Sijil Teknikal dan Vokasional. Ianya juga berbeza dengan Sijil Profesional yang ditawarkan oleh badan profesional.

Program Sijil Profesional tidak tertakluk sepenuhnya kepada keperluan jaminan kualiti yang ditetapkan di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dari segi jumlah kredit minimum dan hasil pembelajaran kelayakan yang ketara. Kelulusan program ini bersifat one-off selama lima (5) tahun dan tidak tertaklum kepada keperluan semakan program serta proses akreditasi