Bahagian Kecemerlangan dan Kualiti Pengajaran Pengajaran-UKM menyediakan khidmat sokongan untuk pertandingan PdP di peringkat universiti dan kebangsaan. Urus setia Anugerah Bitara Pengajaran, Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan, Penyelaras UKM bagi Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI), dan Anugerah Akademik Negara (AAN).
Anugerah Bitara Pengajaran merupakan salah satu kategori Anugerah Bitara UKM. Ia merupakan program tahunan Universiti di mana ianya bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang cemerlang dalam membudaya, memperkasakan aktiviti, menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menghasilkan graduan yang cemerlang.
Enam (6) kelompok Anugerah Bitara Pengajaran:
1. Sains Tulen
2. Sains Gunaan
3. Sains Kesihatan
4. Kejuruteraan
5. Sastera dan Sains Sosial
6. Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan
Layari maklumat lanjut mengenai syarat dan permohonan bagi Anugerah Bitara Pengajaran:
Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan juga merupakan salah satu kategori Anugerah Bitara UKM. Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik muda yang berkemampuan dan berkaliber yang tidak melebihi 40 tahun. Penerima Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan ialah seorang ahli akademik yang mempamerkan potensi dalam pengajaran dan pembelajaran serta pembelajaran serta penyelidikan, keterserlahan, kepimpinan dan keserakanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Layari maklumat lanjut mengenai syarat dan permohonan bagi Anugerah Bitara Pengajaran:
Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) adalah anugerah dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan bertujuan untuk mengenalpasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu dalam empat kategori iaitu Kurikulum Program Pengajian Inovatif, Pengajaran Transformatif, Pentaksiran Alternatif, dan Pengalaman Pembelajaran Imersif.
Anugerah Akademik Negara (AAN) juga adalah anugerah dari KPT yang menjadi wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu.
Bahagian Kecemerlangan dan Kualiti Pengajaran bertindak sebagai penyelaras bagi menguruskan pencalonan UKM ke anugerah AKRI dan juga AAN (Kategori Pengajaran).
Sambutan Bulan Akademia UKM diadakan dengan pelbagai aktivti di sepanjang bulan Oktober bagi meraikan sumbangan, pencapaian dan pengorbanan para pensyarah kepada dunia akademia selain menghargai jasa keilmuan dan pemikiran terkehadapan para akademik di peringkat pendidikan tinggi. Sambutan ini turut diraikan bersama Majlis Apresiasi Pengajaran AktivUKM yang bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga akademik yang terlibat secara aktif dan telah memberi sumbangan dalam program Pengajaran dan Pembelajaran.
Kategori anugerah yang ditawarkan merangkumi Anugerah Pengajaran Antarabangsa, Anugerah Pembelajaran AktivUKM, Anugerah Pembelajaran Teradun UKMFolio, Anugerah MOOC Terbaik, Anugerah Penawaran Micro-Credential Paling Aktif, Anugerah Penawaran Sijil Profesional Paling Aktif serta Anugerah Penyertaan kNovasi Tertinggi.