Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang berkualiti, berpusatkan pelajar, inklusif, fleksibel, inovatif, berasaskan bukti dan berorientasikan
hasil bagi merealisasikan Wawasan, Misi, Falsafah dan Matlamat Pendidikan UKM.
Dasar ini berteraskan pengalaman pembelajaran menyeluruh yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai, etika, profesionalisme, inovasi, kepimpinan dan pembelajaran sepanjang hayat bagi
melahirkan siswazah yang beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif, serta
mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat sejagat.
Pelaksanaan PdP UKM hendaklah berasaskan penjajaran konstruktif antara hasil pembelajaran,
kandungan kurikulum, strategi pengajaran, pengalaman pembelajaran dan pentaksiran, serta disokong
oleh penyelidikan, teknologi digital, kecerdasan buatan, jaringan industri dan komuniti serta amalan
jaminan kualiti yang berterusan.
Dasar ini hendaklah dibaca bersama dengan peraturan, dasar, garis panduan, standard dan keperluan
badan profesional serta pihak berkuasa berkaitan yang sedang berkuat kuasa.