Kursus bermaksud sesuatu mata pelajaran yang ditawarkan di dalam syarat program pengajian. Penyediaan kursus baharu dan semakan kursus akan dibuat oleh Fakulti/Institut/Pusat, disemak dan diperaku oleh Pengajaran-UKM dan boleh ditawarkan selepas mendapat kelulusan JPPA/Senat seperti mana dalam Arahan Kerja Penyediaan, Pengesahan dan Kelulusan Kursus Baharu/Semakan Kursus UKM-SPKPPP-PT(PdP)01-AK03.
Terdapat empat (4) taraf kursus di UKM, seperti mana diluluskan Mesyuarat Senat ke-498 pada 21 Jun 2023 iaitu seperti di bawah:
1.Kursus Wajib Universiti iaitu kursus umum yang ditetapkan oleh universiti yang wajib diikuti oleh setiap pelajar iaitu:
2.Kursus Teras iaitu kursus teras disiplin yang wajib diikuti oleh pelajar.
3.Kursus Elektif iaitu kursus lain yang boleh dipilih oleh pelajar iaitu:
4. Kursus Audit iaitu kursus yang diambil semata-mata untuk menambah pengetahuan, dan prestasinya tidak diambil kira dalam pengiraan markah keseluruhan untuk keperluan pengijazahan.