Menyediakan dan menawarkan perkhidmatan pengurusan pentadbiran, multimedia dan ICT yang efisien kepada pelanggan.
FUNGSI UTAMA
Bahagian ini bertanggungjawab untuk:
Menawarkan perkhidmatan pengurusan pentadbiran yang efisen dalam memenuhi kepuasan pelanggan.
Menawarkan perkhidmatan dalam merancang, menghasilkan, dan mengurus kandungan digital seperti grafik, video, animasi, serta bahan interaktif bagi menyokong komunikasi, pemasaran, dan penyampaian maklumat secara efektif.
Menawarkan perkhidmatan dalam membangun, menyelenggara, dan mengurus sistem teknologi maklumat serta infrastruktur digital bagi memastikan operasi yang efisien, keselamatan data, dan sokongan teknikal kepada pengguna.