Tiga pelajar Kolej GENIUS@Pintar UKM layak ke Pertandingan Kuiz Neurosains Malaysian Brain Bee Challenge (MBBC) 2020 Peringkat Akhir Zon (G)

Pertandingan Kuiz Neurosains Malaysian Brain Bee Challenge (MBBC) 2020 Peringkat Akhir Zon (G) diadakan di Auditorium, Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada 23 Januari 2020 (Khamis). Pertandingan ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang Neurosains dan juga struktur serta fungsi otak dalam badan organisma hidup. Tiga orang peserta terbaik dari setiap zon akan dipilih untuk mewakili zon tersebut di peringkat Kebangsaan. Pada tahun ini, pertandingan akhir MBBC 2020 Peringkat Kebangsaan dijadualkan berlangsung pada 18-19 Mac 2020 bertempat di USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Tahun 2020 merupakan tahun pertama di mana di Zon G akan menghantar ketiga-tiga wakil peserta akhir yang terdiri daripada pelajar Kolej GENIUS@Pintar, UKM. Dan ini merupakan kejayaan terbaik peringkat Zon yang pernah diperolehi oleh Kolej GENIUS@Pintar, UKM. Pelajar-pelajar ini adalah Loo Qiao Ning (Tahap 2), Ryan Foo (Tahap 1) dan Amiera Adlyna (Tahap 1).