PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

TRANSFORMASI LALUAN PEJALAN KAKI UZUR KEPADA LALUAN BAHARU YANG LEBIH SELESA

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pusat Perumahan Pelajar telah melaksanakan kerja-kerja baik pulih laluan pejalan kaki berbumbung di laluan KDO – KTHO, Kolej Dato’ Onn bagi menggantikan laluan lama yang uzur kepada laluan baharu yang lebih selamat, selesa dan kondusif untuk kegunaan penghuni kolej.

Kerja-kerja projek ini telah bermula pada 1 Disember 2025 dan siap sepenuhnya pada 27 Februari 2026. Projek ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM210,000.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihak universiti dalam memastikan kemudahan infrastruktur di kolej kediaman sentiasa berada pada tahap terbaik. Penambahbaikan ini diharap dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang menggunakan laluan ini setiap hari serta meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan warga kampus.

✨ Infrastruktur diperkasa, kesejahteraan pelajar diutamakan.

#pppukm
#PusatPerumahanPelajarUKM
#UniversitiKebangsaanMalaysia

BULETIN PPP