PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT

CENTRE FOR CORPORATE COMMUNICATIONS

Search
Close this search box.

Hubungan Media

Hubungan Media adalah satu aktiviti yang menjalin hubungan yang baik antara UKM dan media luar. Fungsi utamanya ialah memaklumkan kepada media, sama ada media cetak atau media elektronik,  aktiviti yang akan berlangsung di dalam UKM supaya media memberi liputan meluas kepada aktiviti tersebut.  Selain itu ia juga berfungsi sebagai penghubung antara wartawan dan pakar UKM dengan memberi mereka segala bantuan yang diperlukan.

Selain liputan oleh media, hubungan media juga mengeluarkan siaran media bagi perkara-perkara penting untuk makluman dan siaran oleh pihak media.

Portal Berita UKM

Portal Berita UKM ialah sebuah portal yang memuatkan berita terkini mengenai aktiviti penyelidikan dan akademik di UKM.  Portal ini dilancarkan secara rasmi pada 18 Mei 2010 semasa menyambut ulangtahun ke-40  UKM. Portal Berita ini adalah yang pertama seumpamanya yang dibangunkan oleh sebuah institusi pengajian tinggi awam di negara ini.

Objektif
Objektif  utama Portal Berita ini adalah untuk melaporkan berita penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan hasil penyelidikan, serta aktiviti-aktiviti rasmi dan akademik  di UKM. Selain itu Portal Berita juga melaporkan  berita yang berlaku di luar kampus jika ia berkaitan dengan UKM.

Fungsi Portal Berita UKM
Fungsi Portal Berita ini ialah untuk menghasilkan berita kejadian atau yang diperolehi melalui temubual dengan pakar-pakar penyelidik di UKM. Para penulis dan wartawan akan mengumpulkan bahan berita, menulis dan menterjemah berita berkenaan, mengedit dan seterusnya memuatnaik ke dalam portal berita. Berita itu juga akan disalur melalui Twitter dan Facebook yang mempunyai pengikut di seluruh dunia.

Sila layari Portal Berita UKM

Hubungi

Asmahanim Amir
Pegawai Penerbitan
Tel: +603 8921 4910
Emel: asammar@ukm.edu.my