PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT

CENTRE FOR CORPORATE COMMUNICATIONS

Search
Close this search box.

Penerbitan Korporat

  • Mengurus dan menyelaras penerbitan bahan-bahan komunikasi korporat yang diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Korporat iaitu buletin SENADA (berbahasa Melayu), RESONANCE (berbahasa Inggeris) dan HIT UKM (berbahasa Inggeris).
  • HIT (High value, Impactful, Top brand) merupakan buletin digital yang boleh diakses di laman web PKK.
  • SENADA dan RESONANCE merupakan majalah yang diterbitkan secara fizikal dan digital.
  • Penerbitan ini memberi fokus kepada pencapaian, penglibatan dan acara universiti yang terbaik dan berimpak tinggi.
  • Isi kandungannya juga merentas disiplin seperti penyelidikan, keusahawanan, jaringan industri, khidmat masyarakat, komuniti serta pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  • Ketiga-tiga penerbitan ini memainkan peranan sebagai salah satu cara penyebaran ilmu daripada universiti kepada masyarakat luar.

Pengenalan

Bahagian Bahagian Hubungan Media & Penerbitan Korporat adalah bahagian yang menyelaras dan mengurus Portal Berita UKM, Hubungan Media dan Penerbitan Korporat.  Bahagian ini merupakan bahagian yang akan membantu menonjolkan warga UKM di arena media massa, seterusnya dapat menyerlahkan imej UKM sebagai universiti watan.

Portal Berita UKM

Melaporkan berita penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan hasil penyelidikan, serta aktiviti-aktiviti rasmi UKM.

Melaporkan berita yang berlaku di luar kampus jika ia berkaitan dengan UKM.

Menghasilkan berita kampus atau temu bual dengan pakar-pakar penyelidik di UKM.

  • Berita penyelidikan – berita penyelidikan yang dihasilkan akan dihantar semula kepada penyelidik untuk semakan sebelum dimuat naik dalam laman web Portal Berita UKM
  • Menghantar berita tersebut kepada pihak media untuk hebahan umum (jika perlu)

Menyediakan kapsyen acara untuk dimuatnaik di media sosial UKM

Jika berita atau kapsyen ditulis oleh pihak penganjur, berita itu akan disunting oleh Bahagian Hubungan Media & Penerbitan Korporat sebelum dimuat naik dalam Portal Berita UKM dan media sosial UKM

Hubungan Media

  • Menjadi penghubung antara UKM dan pihak media sama ada media cetak atau media elektronik dalam memberi pemakluman aktiviti yang akan berlangsung di dalam atau luar UKM, melalui jemputan media yang dihantar supaya media dapat membuat liputan meluas kepada aktiviti tersebut.
  • Sebagai penghubung antara wartawan dan pakar/ penyelidik UKM dalam memberi ulasan isu semasa atau hebahan penyelidikan.
  • Mengeluarkan siaran media bagi perkara-perkara penting untuk makluman dan siaran oleh pihak media.

Hubungi

Resonance
Nur Haiqal Rawlins Una Abdullah
Penolong Pendaftar Kanan
Tel: +603 8921 4908
Emel: rawlins@ukm.edu.my

Senada
Asmahanim Amir

Pegawai Penerbitan
Tel: +603 8921 4910
Emel: asammar@ukm.edu.my

HIT UKM
Murniati Abu Karim

Pegawai Kewartawanan
Tel: +603 8921 4910
Emel: murniati@ukm.edu.my