Pengenalan
Pengurusan acara adalah salah satu perkidmatan yang ditawarkan oleh Komunikasi UKM. Pengurusan acara meliputi tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara. Hal ini bertujuan untuk memastikan acara yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna. Selain itu, pengurusan acara bertujuan agar urusan protokol sesuatu acara dipatuhi. Pematuhan terhadap protokol yang bersesuaian adalah salah satu elemen penting dalam menentukan kelancaran dan kejayaan sesuatu acara selain membantu meningkatkan citra universiti.
- Memberi khidmat nasihat dan membantu urusan protokol bagi majlis anjuran PTj di UKM.
- Bertanggungjawab dalam hal-ehwal hubungan dengan pihak Istana, Canselor dan Pro-Pro Canselor Universiti.
- Mengurus majlis utama universiti termasuk acara yang melibatkan tetamu kenamaan.
- Menjadi Urus Setia Majlis Konvokesyen UKM dan mana-mana jawatankuasa lain sebagaimana yang diarahkan oleh Naib Canselor.
- Bertanggungjawab memastikan pematuhan arahan protokol dalam majlis dan aktiviti yang dilaksanakan di peringkat PTj dan UKM.
Merancang majlis atau program rasmi di UKM?
Bagi memastikan kelancaran perjalanan acara serta pematuhan kepada tatacara protokol yang ditetapkan, warga UKM yang memerlukan Perkhidmatan Khidmat Acara dan Protokol adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan melalui e-mel.
Sila hantar permohonan anda ke:
pghkk@ukm.edu.my
Maklumat lanjut sila hubungi:
Pn. Anis Aza Akma Mohamad
Pegawai Tadbir N9
+603 89215323
azamohamad@ukm.edu.my