PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT

CENTRE FOR CORPORATE COMMUNICATIONS

Search
Close this search box.

Pengenalan

Sistem ADUAN UKM dan Maklum Balas Pihak Berkepentingan

Bahagian Khidmat Pelanggan (BKP), PKK menyelaras dan mengurus Sistem Pengurusan Aduan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (ADUAN UKM), memantau Penyelia dan Pegawai Penyiasat yang dilantik untuk Sistem ADUAN UKM bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) di UKM dan menguruskan kajian bagi Soal Selidik Kajian Kepuasan Pihak Berkepentingan Pusat Komunikasi Korporat (PKK).

ADUAN UKM adalah saluran dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan awam / integriti, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan UKM.  ADUAN UKM telah diwujudkan bagi membantu pelanggan membuat aduan atau memberikan maklum balas terhadap perkhidmatan Pusat Tanggungjawab (PTj) UKM dan komuniti di UKM. Ianya berperanan sebagai sistem pengurusan aduan awam dan maklum balas pelanggan yang seragam dan bersepadu. BKP PKK selaku Pentadbir Sistem bertanggungjawab melakukan penugasan aduan / maklum balas ke PTj-PTj di UKM.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan (BKP), PKK melalui telefon +603 8921 4906/3788 atau emel rasmi BKP iaitu aduan@ukm.edu.my.

Sistem ADUAN UKM

  • Melaksanakan/memudahcara platform Sistem Pengurusan Aduan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (ADUAN UKM).
  • Melaksanakan urusan aduan dan maklum balas UKM berdasarkan prosedur/tatacara/pekeliling yang berkuatkuasa.
  • Menyelaras agihan aduan / maklum balas kepada PTJ yang berkaitan.
  • Memantau Penyelia dan Pegawai Penyiasat di PTj untuk melaksanakan penyiasatan terhadap aduan yang diterima bagi PTj masing-masing.
  • Menyediakan garis panduan jawapan bersesuaian mengikut tahap aduan.
  • Menyediakan analisis dan laporan status aduan dan maklum balas secara berkala kepada pengurusan Universiti.
  • Isi borang: https://ukm.spab.gov.my/ 

Soal Selidik Kajian Kepuasan Pihak Berkepentingan Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

  • Menyediakan soalan dan membuat hebahan pemakluman bagi Soal Selidik Kajian Kepuasan Pihak Berkepentingan Pusat Komunikasi Korporat (PKK).
  • Membuat pelaporan Soal Selidik Kajian Kepuasan Pihak Berkepentingan Pusat Komunikasi Korporat (PKK).
  • Pautan borang Soal Selidik Kajian Kepuasan Pihak Berkepentingan Pusat Komunikasi Korporat (PKK) : https://tinyurl.com/BorangSoalSelidikPKK.

Hubungi

Nurul Hafiza Mazlan
Penolong Pendaftar
Tel: +603 8921 3788
Email: nurulhfza@ukm.edu.my