Pendidikan Profesional
Perkasa Laluan Profesional Anda
Terokai kemahiran baharu, bina kepakaran dan buka lebih banyak peluang melalui kursus profesional, program dwijazah serta kerjasama antarabangsa UKM.
Mengapa Memilih Pendidikan Profesional di UKM?
Membina Kepakaran dan Mencipta Kejayaan Masa Hadapan.
Program Pendidikan Profesional UKM menggabungkan kecemerlangan akademik, pembelajaran yang relevan dengan keperluan industri serta peluang pembelajaran bertaraf antarabangsa. Sama ada anda ingin memulakan langkah dalam kerjaya, meningkatkan kemahiran profesional atau memperoleh kelayakan bertaraf global, UKM menawarkan laluan pembelajaran yang fleksibel untuk menyokong perkembangan kerjaya dan pembelajaran sepanjang hayat.
Pembelajaran yang Relevan dengan Industri
Perkasa kemahiran praktikal dan kepakaran profesional melalui pembelajaran yang selari dengan keperluan semasa industri serta dunia pekerjaan..
Kelayakan yang Diiktiraf di Peringkat Antarabangsa
Peroleh sijil profesional dan kelayakan akademik daripada salah sebuah universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
Peluang Pembelajaran Global
Luaskan pengalaman antarabangsa melalui program dwiijazah (dual degree), ijazah berganda (double degree), ijazah bersama (joint degree) serta pelbagai program kerjasama dengan universiti terkemuka di seluruh dunia.
Jaringan Profesional yang Kukuh
Bina hubungan dengan rakan pembelajaran, pakar industri, organisasi serta rakan antarabangsa yang membuka peluang baharu untuk pembangunan kerjaya dan kolaborasi profesional.
Program Dwiijazah, Ijazah Berganda, Ijazah Bersama dan Program Berkembar
Program Dwiijazah Kejuruteraan UKM–UDE
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dengan University of Duisburg-Essen, JermanProgram Doktor Perubatan UKM dan Sarjana Kedokteran UNPAD
Fakulti Perubatan dengan Universitas Padjadjaran, IndonesiaProgram Doktor Falsafah Bersama Antarabangsa dalam Sains dan Kejuruteraan Bahan
Fakulti Sains dan Teknologi dengan Gifu University, JepunProgram Doktor Falsafah Dwi Antarabangsa dalam Sains
Fakulti Sains dan Teknologi dengan Osaka University, JepunSarjana Sains dalam Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (UKM–NYCU)
Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik dengan National Yang Ming Chiao Tung University, TaiwanDoktor Falsafah dalam Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (UKM–NYCU)
Institut Mikrokejuruteraan dan Nanoelektronik dengan National Yang Ming Chiao Tung University, TaiwanProgram Doktor Falsafah Bersama Antarabangsa dalam Sains Perubatan
Fakulti Perubatan dengan Shiga University of Medical Science, Jepun
Program Sijil Profesional
Terokai Lebih 70 Program Sijil Profesional
Tingkatkan kompetensi profesional anda melalui pelbagai program sijil profesional UKM yang direka untuk memperkukuh kemahiran praktikal, memperluas pengetahuan industri dan menyokong pembangunan kerjaya sepanjang hayat.
Pautan Pantas
- Brosur Pascasiswazah
- Kalendar Akademik
- Visa dan Imigresen
- Cari Pakar di UKM
Pelajar Antarabangsa
Hubungi kami
Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMSHAPE)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia
Tel: +603-8927 2129 / 2112
E-mel: admission.shape@ukm.edu.my
Web: www.ukm.my/ukmshape
Pelajar Tempatan
Hubungi kami
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia
Tel: +03-8911 8468 / 8453/ 8389
E-mel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik
Sila gunakan pelayar web terkini untuk paparan terbaik.
Copyright © 2026 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara.