PENYELIDIKAN & INOVASI

Sains Untuk Masyarakat

Penyelidikan dan Inovasi Demi Kelestarian Masa Hadapan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memacu penyelidikan melalui bidang-bidang tujahan strategik yang memberi keutamaan negara serta cabaran global. Merangkumi pembinaan negara, kesihatan dan teknologi perubatan, tenaga boleh baharu, perubahan iklim dan biodiversiti, bahan termaju, pembangunan mampan serta informatik digital, UKM menghimpunkan kepakaran pelbagai disiplin untuk menghasilkan ilmu, inovasi dan penyelesaian yang memberi impak kepada Malaysia dan dunia.

KLUSTER PENYELIDIKAN UKM

Kluster Teknologi Digital Dan Terkehadapan

Memberi tumpuan kepada teknologi digital berorientasikan masa hadapan, merangkumi IR4.0, Pengkomputeran Termaju, Teknologi Rangkaian Meluas, Pembuatan Termaju & Lestari, Mobiliti & Pengangkutan Termaju, Struktur Termaju serta Bahan Termaju.

Kluster Sumber Lestari, Alam Sekitar Dan Kehidupan Pintar

Menerajui penyelidikan berasaskan kelestarian seperti Tenaga Diperbaharui, Perubahan Iklim, Sains Angkasa, Biodiversiti & Warisan Semulajadi, Tanah, Air & Udara, Sumber Biologi, Keselamatan Makanan, Komuniti Pintar serta Sains Bahan.

Kluster Kesihatan Dan Perubatan Termaju

Memperkasakan bidang fokus kluster yang mewakili Kanser, Penyakit Kaitan Obesiti, Pembangunan Produk Semulajadi dan Ubatan, Infeksi & Immunologi, Penyakit Tidak Berjangkit, Kesihatan Masyarakat, Neurosains & Kesihatan Mental dan Perubatan Regeneratif & Penuaan Sihat.

Kluster Transformasi Sosial Dan Ekonomi

Mempromosi penyelidikan rentas disiplin yang memfokuskan bidang Globalisasi dan Identiti Kebangsaan, Ekonomi Berteraskan Teknologi & Masyarakat, Keterangkuman Sosial, Kesejahteraan & Nilai serta Kepelbagaian & Kompetensi Masa Hadapan.

Kluster Warisan Dan Masyarakat Madani

Penyelidikan rentas disiplin yang merangkumi bidang fokus Jati Diri dan Ekologi Manusia, Islam dan Keadilan Sosial, Pemuliharaan dan Kelangsungan Warisan, Tadbir Urus dan Kedaulatan Undang-Undang serta Peradaban dan Kepelbagaian Budaya.

PENYELIDIKAN BIDANG SAINS DI UKM

Daripada perubatan termaju dan tenaga boleh baharu hingga teknologi digital serta penyelidikan alam sekitar, sains di UKM menterjemahkan penemuan kepada penyelesaian demi masa depan dunia yang lebih baik.

  • Fundamental and Applied Sciences
  • Data Modelling and Mathematical Sciences
  • Advanced Materials and Polymer Science
  • Water, Earth and Environmental Science
  • Climate Change and Atmospheric Systems
  • Biodiversity and Natural Heritage
  • Food Science and Food Safety
  • Nuclear Science and Technology
  • Engineering and the Built Environment
  • Sustainable Process and Industrial Technology
  • Smart Cities, Architecture and Sustainable Communities
  • Automotive, Transportation and Mobility
  • Engineering Education
  • Digital and Frontier Technologies
  • Microengineering and Nanoelectronics
  • Solar and Renewable Energy
  • Fuel Cells and Hydrogen Energy
  • Systems Biology, Genomics and Bioinformatics
  • Cancer and Molecular Medicine
  • Clinical and Translational Medicine
  • Neuroscience and Mental Health
  • Population and Community Health
  • Diagnostics, Therapeutics and Forensic Science
  • Toxicology and Health-Risk Research
  • Pharmaceutical Science and Drug Development
  • Clinical Pharmacy and Quality Use of Medicines
  • Oral and Dental Health

PENYELIDIKAN BIDANG SAINS SOSIAL DI UKM

Penyelidikan sains sosial di UKM meneroka aspek manusia, komuniti, budaya, tadbir urus dan ekonomi bagi menyokong pembangunan yang inklusif dan mampan.

  • Social and Economic Transformation
  • Heritage, Governance and Civil Society
  • Media and Communication
  • Health Communication and Public Information
  • Fact-Checking and Information Integrity
  • Psychology and Human Well-Being
  • Social Work and Human Development
  • Language and Linguistics
  • Malay Language, Literature and Culture
  • Development, Society and Environment
  • History, Politics and International Affairs
  • Economics and Sustainable Development
  • Global Business and Digital Economy
  • Governance, Accountability and Institutional Resilience
  • Value Creation and Human Well-Being
  • Accounting, Management and Business
  • Law, International Law and Siyar
  • Malaysian and Comparative Law
  • Islamic Law, Halal, Finance and Human Rights
  • Theology, Philosophy and Interfaith Studies
  • Da’wah, Leadership and Islamic Psychology
  • Quran, Sunnah and Islamic Knowledge
  • Arabic Language and Islamic Civilisation
  • Malay World and Civilisation
  • Heritage, Archaeology and Manuscript Studies
  • Malaysian and International Studies
  • Regional and Area Studies
  • Ethnic Studies and Social Cohesion
  • Islamic Civilisation and Sustainable Society
  • Education and Future Competencies

Entiti Penyelidikan UKM

Terokai institut dan pusat penyelidikan UKM yang menjadi pemangkin kepada kecemerlangan ilmu, inovasi serta impak kepada masyarakat.

Sila gunakan pelayar web terkini untuk paparan terbaik.
Copyright © 2026 Portal Rasmi  Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara.