Kehidupan di UKM

UKM mempunyai tiga buah kampus di Malaysia. Kampus induk terletak di Bangi, Selangor. Kampus induk menempatkan 8 fakulti dan selebihnya di dua lagi Kampus UKM yang  terletak di Kuala Lumpur dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Kampus UKM

Setiap kampus UKM bukan sekadar ruang untuk belajar, tetapi sebuah ekosistem yang menghubungkan manusia, idea dan peluang. Dalam persekitaran yang inklusif dan dinamik, pembelajaran berlaku bukan hanya di dalam bilik kuliah, malah melalui interaksi, kolaborasi dan perkongsian pengalaman yang mencetuskan inovasi serta membentuk graduan berdaya saing di peringkat global.

 

Kampus utama UKM terletak di Bangi. Keindahan kampus ini yang berlatar belakangkan kehijauan dan bangunan bata merah akan menyambut anda semua semasa mendaftar di kampus. Kampus ini terletak 45 minit dari lapangan terbang antarabangsa KLIA dan dapat diakses melalui jalan raya dan pengangkutan kereta api.

Bandar Bangi dilengkapi dengan pusat membeli-belah, deretan kedai makan, pusat sukan, panggung  wayang, boling, hospital, dan sistem pengangkutan awam yang baik bagi melengkapi keperluan kehidupan anda. Bangi meriah pada siang hari dan tenang pada waktu malam dan ianya satu persekitaran yang ideal dan baik untuk pembelajaran anda di UKM.

Kampus kedua terletak di Cheras. Di sini terdapat Fakulti Perubatan dan dan Hospital Pengajar milik UKM iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Selain itu, di Cheras ini juga terdapat Institut Perubatan Biologi Molekul (UMBI) UKM. Institut ini merupakan biobank terbesar di Asia Tenggara yang menyimpan berjuta-juta spesimen darah dan urin untuk kajian penyelidikan.

UKM juga mempunyai kampus di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur dengan keluasan 20 hektar yang menempatkan Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (I-HEARS). Sebilangan besar pelajar dari fakulti ini menginap di kolej kediaman – Kolej Tun Syed Nasir.

Penginapan

Kediaman Kampus Yang Kondusif

Terokai kemudahan kediaman pelajar yang menyediakan persekitaran selamat, selesa dan kondusif untuk menyokong pembelajaran, perkembangan diri dan pengalaman kehidupan kampus yang menyeronokkan.

Ruang Santai UKM

Pilih Lokasi Pilihan Anda

Berehat seketika dan luangkan masa bersama rakan sambil menikmati secawan kopi di kafe dan ruang santai yang menarik sekitar kampus.

ZUS Coffee
Tealive
Sen Tepanyaki
emart24
Hot Meal Bah
Ngopul Coffee
Nelson’s
Brew FS Coffee Shop
Kafe La Asqa
Gigi Coffee
He & She Coffee
Canseloria Cafe
Makan@FSSK

Perpustakaan

Perpustakaan UKM terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang sebagai perpustakaan utama dan mempunyai enam (6) cawangan lain; Perpustakaan Undang-Undang, Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Perpustakaan Linkungan Kedua (Bangi), Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (Kampus Kuala Lumpur), Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Perpustakaan Praklinikal (Kampus Cheras).

Kelab & Persatuan

Sertai Kelab & Persatuan Anda 
Sertai komuniti pelajar yang dinamik melalui pelbagai kelab, persatuan dan aktiviti kampus. 

Pusat Perkhidmatan Pelajar

Sedia Membantu Anda
Sepanjang berada di kampus, UKM menyediakan bantuan, perkhidmatan dan kemudahan yang membantu anda menjalani kehidupan pelajar dengan lebih yakin dan selesa.

Perkhidmatan Kesihatan

Kesihatan Menjadi Keutamaan
Dapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, kaunseling dan sokongan kesejahteraan yang menyeluruh sepanjang pengajian anda di UKM.

Sukan dan Rekreasi

Kekal Sihat dan Cergas
Join a wide range of sports, fitness programmes, and recreational activities to stay healthy and connected.

Keselamatan Di Kampus

Kampus yang Selamat dan Kondusif
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan keselamatan, bantuan kecemasan dan pelbagai inisiatif yang melindungi warga kampus UKM.

Pautan Pantas

Segalanya di hujung jari anda

Akses perkhidmatan, kemudahan dan maklumat penting UKM dalam satu klik.

Sila gunakan pelayar web terkini untuk paparan terbaik.
Copyright © 2026 Portal Rasmi  Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara.