Program Doktor Pergigian selama 5 tahun adalah di cipta untuk menggabungkan prinsip pembelajaran berasaskan kecekapan dan terbahagi kepada dua fasa dimana kedua-dua elemen akademik dan praktikal pergigian dikaji dan diamalkan.
Fasa 1 (2 tahun pertama pembelajaran) memperkenalkan anda kepada seubjek asas perubatan dan pergigian. Anda akan pelajari tentang pelbagai sistem badan dalam kesihatan dan penyakit dengan topik yang ditujukan kepada keperluan doktor gigi dalam latihan. Anda juga akan perolehi kemahiran praktikal operasi menerusi penyelesaian satu siri latihan simulasi yang dijalankan sepanjang tahun kedua.
Fasa kedua bermula dari tahun 3 hingga tahun 5 dimana banyak masa diperuntukkan untuk pemerolehan pengetahuan klinikal dan kemahiran praktikal langkah demi langkah yang diperlukan untuk kecekapan dalam bidang pergigian. Anda akan menghabiskan masa dalam hubungan klinikal dengan pesakit, aktiviti pendidikan lengkap seperti pengajaran didaktik, seminar, kerja kursus makmal, tutorial, pembentangan klinikal kes dan projek. Pengetahuan klinikal, kemahiran dan tingkah laku klinikal di kembangkan sepanjang fasa di Klinik Rawatan Gigi Komprehensif.
Kampus: Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti: Fakulti Pergigian
Ijazah: Doktor Pergigian
Tempoh: 5 Tahun
Hubungi:
Fakulti Pergigian
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300, Kuala Lumpur
Malaysia.
Tel: +603 9289 7702/ 7762/ 7695
Faks: +603 26982944
E-mel: dfdental@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fperg
Pelajar Malaysia
Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma/ Setaraf dibuat melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.
Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my
Pelajar Antarabangsa
Calon bukan warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan melalui aplikasi dalam talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.
Sistem permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Fakulti Pergigian UKM terletak di Kampus Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Hospital Kuala Lumpur. Fakulti ini dikenali sebagai pusat rujukan ketiga untuk perkhidmatan klinikal pergigian dan mendapat banyak kes daripada kawasan sekitar. Sebagai pelajar pergigian, anda akan dapat bekerja dengan lebih rapat bersama pelbagai pakar pergigian dan mendapat pengalaman secara terus yang akan membantu proses pembelajaran.
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Malaysia
Tel: +603 89215555
Faks: +603 89214097
E-mel: Klik di sini untuk pejabat berkaitan
Sila gunakan pelayar terkini untuk paparan terbaik.
Copyright © 2025 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. All rights reserved.