Fakulti Pergigian

Doktor Pergigian

RINGKASAN PROGRAM

Program Doktor Pergigian selama 5 tahun adalah di cipta untuk menggabungkan prinsip pembelajaran berasaskan kecekapan dan terbahagi kepada dua fasa dimana kedua-dua elemen akademik dan praktikal pergigian dikaji dan diamalkan. 

Fasa 1 (2 tahun pertama pembelajaran) memperkenalkan anda kepada seubjek asas perubatan dan pergigian. Anda akan pelajari tentang pelbagai sistem badan dalam kesihatan dan penyakit dengan topik yang ditujukan kepada keperluan doktor gigi dalam latihan. Anda juga akan perolehi kemahiran praktikal operasi menerusi penyelesaian satu siri latihan simulasi yang dijalankan sepanjang tahun kedua. 

Fasa kedua bermula dari tahun 3 hingga tahun 5 dimana banyak masa diperuntukkan untuk pemerolehan pengetahuan klinikal dan kemahiran praktikal langkah demi langkah yang diperlukan untuk kecekapan dalam bidang pergigian. Anda akan menghabiskan masa dalam hubungan klinikal dengan pesakit, aktiviti pendidikan lengkap seperti pengajaran didaktik, seminar, kerja kursus makmal, tutorial, pembentangan klinikal kes dan projek. Pengetahuan klinikal, kemahiran dan tingkah laku klinikal di kembangkan sepanjang fasa di Klinik Rawatan Gigi Komprehensif.

Syarat Kemasukan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, ASASI, Diploma/Setaraf)

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

Bagi Calon Lepasan STPM;

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

atau

Bagi Calon Lepasan Matrikulasi;

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi Sains UiTM / Asasi TESL UiTM / Asasi Kejuruteraan UiTM/ Asasi Undang-Undang KPT dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Bagi Calon Lepasan Diploma/Setaraf;

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

atau

 Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

  • Gred C (NGMP 00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.

STPM

MATRIKULASI

DIPLOMA/SETARAF

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM/ Asasi dalam mata pelajaran berikut:

  • Biology
  • Chemistry
  • Mathematics / Mathematics M / Mathematics T / Physics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B/Gred 4B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Biology
  • Chemistry
  • Physics
  • Mathematics / Additional Mathematics; dan
  • satu (1) mata pelajaran lain

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET);

dan

Lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti.

Tidak ditawarkan
Sijil Tinggi Agama (STAM), APEL (A)

Tidak ditawarkan

Tidak ditawarkan

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma/ Setaraf dibuat melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon bukan warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan melalui aplikasi dalam talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

10

1,200

340

1,850

3,390

2,190

23,100

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89215331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603 89251391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang Anda Akan Pelajari

Tiada Maklumat

Tiada Maklumat

Tiada Maklumat

Tiada Maklumat

Tiada Maklumat

Kenali Fakulti

Fakulti Pergigian UKM terletak di Kampus Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Hospital Kuala Lumpur. Fakulti ini dikenali sebagai pusat rujukan ketiga untuk perkhidmatan klinikal pergigian dan mendapat banyak kes daripada kawasan sekitar. Sebagai pelajar pergigian, anda akan dapat bekerja dengan lebih rapat bersama pelbagai pakar pergigian dan mendapat pengalaman secara terus yang akan membantu proses pembelajaran.

Maklumat Fakulti

Kampus: Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti: Fakulti Pergigian
Ijazah: Doktor Pergigian
Tempoh: 5 Tahun 

Hubungi
Fakulti Pergigian
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300, Kuala Lumpur
Malaysia.

Tel: +603 91457702/ 7799
Faks: +603 26982944
E-mel: jane@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fperg

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118173/ 8027/ 8456
Faks: +603- 89118471
E-mel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik