Kunjungan Mesra Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-UKM)

Anjuran: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 9 September 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 9 September 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah menerima satu kunjungan mesra oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-UKM) iaitu Prof. Ts. Dr. Muhammad Rahimi Yusop. Kunjungan ini adalah bertujuan meninjau kemudahan-kemudahan penyelidikan, penginapan dan bilik-bilik seminar yang terdapat di PPL-UKM. Dr. Juliana Senawi, selaku Ketua Pusat beserta kakitangan-kakitangan PPL-UKM dan Ts. Dr. Lim Chen Kim telah menyambut mesra kunjungan tersebut.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman