Lawatan dan Perbincangan Bersama Pro Naib Canselor UKM (Penjanaan dan Prasarana)

Anjuran: Pejabat Naib Canselor dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 10 September 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 10 September 2022 – Satu lawatan dan perbincangan bersama Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Norhamidi Muhamad telah diadakan di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) bagi tujuan pemantauan dan penambahbaikan infrastruktur di PPL-UKM. Lawatan dan perbincangan yang disertai oleh Ketua Pusat iaitu Dr. Juliana Senawi ini turut dihadiri oleh Felo Penyelidik PPL-UKM, Ts. Dr. Lim Chen Kim dan kakitangan-kakitangan PPL-UKM. Selain daripada lawatan ke Galeri Penyelidikan PPL-UKM, bangunan pentadbiran, makmal dan asrama turut dilawati bagi meninjau setiap infrastruktur yang terdapat di PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman