Bengkel Susulan Pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) UKM-1 Mac 2023

Bengkel Susulan Pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) UKM telah diadakan secara dalam talian pada 1 Mac 2023. Pelaksanaan bengkel susulan bagi melihat perkembangan proses pembangunan kompetensi fungsian mengikut skim perkhidmatan.

Pihak Profesional-UKM telah memberikan penerangan proses pembangunan model kompetensi fungsian serta proses pembangunan kamus. Profesional-UKM merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan oleh peserta yang terlibat terutamanya kepada Ketua Skim Perkhidmatan dan Jawatankuasa Pembangun Kamus Kompetensi Fungsian bagi Skim Perkhidmatan U iaitu Pegawai Farmasi, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Optometri, Pegawai Pemulihan Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Pergigian, Juru X-ray dan Pegawai Perubatan.

Tahniah dan terima kasih kepada skim perkhidmatan yang telah mengemukakan deraf pertama Kamus Kompetensi Fungsian. Insya Allah pihak Profesional-UKM akan meneliti deraf kamus sebelum dikemukakan ke Jawatankuasa Penilai Kamus Kompetensi Fungsian.