Universiti Kebangsaan Malaysia
Pejabat ini diterajui oleh Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) yang bertanggungjawab memastikan kecemerlangan tadbir urus, pengukuhan ekosistem akademik, penyelidikan, perkhidmatan serta jaringan strategik dapat dilaksanakan secara holistik dan berkesan.
Pejabat ini turut berfungsi sebagai pusat pentadbiran kampus yang menyelaras pelbagai aspek operasi merangkumi pembangunan sumber manusia, kemudahan fizikal, kebajikan warga kampus, keselamatan, hubungan industri serta pelaksanaan inisiatif transformasi kampus.
Selaras dengan aspirasi TEKAD 57 UKM, Pejabat Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) komited mendukung hala tuju universiti ke arah kecemerlangan berterusan melalui penghasilan ilmu, inovasi, teknologi, tadbir urus mampan serta pembentukan ekosistem kampus yang berdaya saing dan berimpak tinggi.
Seiring dengan agenda tersebut, fokus turut diberikan kepada transformasi digital, pembangunan teknologi kesihatan, kecerdasan buatan (AI), penyelidikan translasi, pengukuhan kolaborasi strategik bersama industri dan agensi kerajaan serta pemerkasaan bakat masa hadapan di Kampus Kuala Lumpur.
Pejabat ini juga memainkan peranan penting dalam memperkukuh agenda Teknopolis Kesihatan UKM iaitu pembangunan ekosistem bersepadu yang menghimpunkan pendidikan, penyelidikan, rawatan, inovasi dan keusahawanan kesihatan dalam satu kerangka strategik.
Pejabat Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM sentiasa komited untuk membudayakan nilai profesionalisme, integriti, kecekapan dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.
Dengan pendekatan berpaksikan warga serta jaringan kerjasama yang mantap, pejabat ini terus memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi UKM sebagai universiti terkehadapan yang memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan dunia.