SEKALUNG PENGHARGAAN YBHG. DATUK DR. ANESEE IBRAHIM

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim atas khidmat bakti serta jasa sepanjang menjalankan amanah sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi sehingga 9 Mei 2026.
Segala komitmen, kepimpinan dan dedikasi beliau dalam memperkasa agenda pendidikan tinggi negara amat dihargai serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademia.
Warga Kampus Kuala Lumpur UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan dan jasa yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Semoga YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim terus dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta kejayaan berterusan dalam setiap amanah dan perjalanan selepas ini.
Tulus ikhlas daripada warga Kampus Kuala Lumpur UKM.
#SekalungPenghargaanUKM
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing