SEKALUNG PENGHARGAAN YBHG. PROF. DR. ABDUL HALIM ABDUL GAFOR

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor atas segala khidmat bakti, komitmen dan dedikasi sepanjang menjalankan amanah sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga 12 Mei 2026.
Segala jasa dan sumbangan beliau dalam memperkukuh kecemerlangan akademik serta memperluas jaringan antarabangsa universiti amat dihargai dan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga UKM.
Warga Kampus Kuala Lumpur UKM mendoakan agar YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kejayaan berterusan dalam setiap amanah yang dipikul.
Tulus ikhlas daripada warga Kampus Kuala Lumpur UKM.
#SekalungPenghargaanUKM
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing