TAHNIAH YBHG. DATO’ TS. DR. HJ. AMINUDDIN HASSIM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi berkuat kuasa pada 11 Mei 2026.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh kecemerlangan sektor pendidikan tinggi negara melalui kepimpinan yang berwibawa, berintegriti dan berpandangan jauh dalam memacu agenda pembangunan pendidikan negara.

Warga Kampus Kuala Lumpur UKM mendoakan agar YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Tulus ikhlas daripada warga Kampus Kuala Lumpur UKM.

#TahniahUKM
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing