Waktu pembukaan Perpustakaan Undang-undang (Semasa Ramadhan) 
 Isnin – Jumaat: 8.30 Pagi – 4.30 Petang (Buka) | Jumaat: 12.15 Tengahari – 2.45 Petang (Tutup)
Sabtu dan Ahad : 8.00 Pagi – 5.00 Petang (Buka)
Sabtu Minggu Pertama dan Cuti Umum  (Tutup
)

Perpustakaan Undang-Undang

Sejarah penubuhan Perpustakaan Undang-Undang bermula dengan penubuhan cawangan dan koleksinya pada bulan Mac 1985 di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kini cawangan ini telah memperolehi bangunannya sendiri dan mula beroperasi sebagai Perpustakaan Cabang pada bulan Jun 1996. Penubuhan Perpustakaan Undang-Undang adalah untuk menampung keperluan pelajar dan pensyarah Fakulti Undang-Undang di samping memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan bahan undang-undang. Pada dasarnya Perpustakaan Undang-Undang memiliki koleksi yang terdiri dari statut, laporan undang-undang, bahan terbitan bersiri, buku teks dan buku am undang-undang. Selain dari itu, Perpustakaan Undang-Undang juga memiliki Koleksi Hooker, latihan ilmiah oleh pelajar-pelajar Fakulti Undang-Undang dan Koleksi Pandang Dengar.

Hebahan@PUU

Sumber Maklumat

Katalog dalam talian untuk mencari bahan perpustakaan.

Solusi carian bahan yang lebih menyeluruh dan memudahkan penyelidikan.

Mengandungi artikel dari jurnal terbitan UKM

Terdiri dari bahan perpustakaan dalam format digital seperti tesis

Bahan penerbitan yang dihasilkan oleh akademik UKM

Media

Indeks Statut@PUU Memudahkan pencarian statut dengan mengindeks semua bahan statut lama dari tahun 1881 hingga 1959

Koleksi

Koleksi Am

Koleksi Am ialah buku undang-undang yang boleh dipinjam oleh pelanggan dan diletakkan di rak terbuka Aras 1. Nombor panggilan untuk koleksi ini diberi awalan ‘2C’. Terdapat juga buku bukan undang-undang yang ditempatkan di Perpustakaan Undang-Undang.  Buku-buku ini juga ditempatkan di rak terbuka Aras 1 dan diberi awalan ’21’.

Koleksi Rujukan

Bahan-bahan rujukan diberi awalan ‘ruj’ dan bahan-bahan bibliografi dan indeks pula diberi awalan ‘ZZ’.  Koleksi ini ditempatkan di Aras 1 berhadapan dengan Kaunter Pinjaman/Pemulangan.  Koleksi ini terdiri dari indeks, bibliografi, kamus, buku tahunan, contoh borang mahkamah dan lain-lain. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja. 

Koleksi Statut

Bahan-bahan yang dikelaskan sebagai statut adalah akta, akta pindaan, ordinan, perundangan/peraturan, enakmen, warta kerajaan dan perbahasan parlimen.  Bahan-bahan ini ditempatkan di Aras 2 dan diberi awalan ‘A’. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.

Koleksi Laporan Undang-undang

Laporan Undang-Undang terdiri daripada koleksi kes-kes mahkamah yang dilaporkan atau tidak dilaporkan dan ‘digest’.  Di antara Laporan Undang-Undang yang terdapat di perpustakaan seperti Malayan Law Journal (MLJ), English Reports, The All India Reporter dan sebagainya. Bahan-bahan ini ditempatkan di Aras 2 dan di beri awalan ‘2B’. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.

Koleksi Jurnal Undang-Undang

Jurnal undang-undang kini dan kebelakangan disusun di rak mengikut abjad judul. Senarai judul jurnal ditampal di bahagian depan panel rak untuk membantu pelanggan mengesan judul dengan cepat. Di antara jurnal undang-undang yang terdapat di perpustakaan seperti Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, Jurnal Hukum, Jurnal Syariah, Comparative Law Journal dan sebagainya. Koleksi jurnal undang-undang ini ditempatkan di Aras 2 dan hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.

Koleksi Bahan Seminar

Bahan-bahan seminar berkaitan undang-undang yang diterbitkan dan yang tidak diterbitkan ini diberi awalan ‘2 sem’ dan diikuti dengan ‘C’.  Bahan-bahan ini di tempatkan di Koleksi Rujukan, Aras 1. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.

Koleksi Tesis/ Latihan Ilmiah

Bahan-bahan ini adalah untuk rujukan sahaja dan ditempatkan di Bilik Fakulti, Aras 1 Perpustakaan Undang-Undang. Pelanggan perlu merujuk Senarai Tajuk Latihan Ilmiah yang disediakan di Kaunter Pinjaman/Pemulangan. Sekiranya tajuk yang dikehendaki terdapat dalam senarai tersebut, pelanggan perlu memaklumkan kepada staf untuk mendapatkan kebenaran merujuknya di Bilik Fakulti. Selain itu, bahan ini juga turut terdapat dalam bentuk mikrofis/mikrofilem.

Kolesi Hooker

Koleksi ini merupakan koleksi tertutup dan ditempatkan di Bilik Koleksi Hooker, Aras 2.  Bahan-bahan ini dahulunya merupakan koleksi Prof. M.B. Hooker, seorang pengkaji undang-undang adat.  Setiap bahan diberi awalan ‘23’ pada nombor panggilannya.  Bahan ini adalah untuk rujukan sahaja dan pelanggan tidak boleh membawa keluar bahan dari bilik tersebut.

Koleksi YM Raja Aziz Addruse

Koleksi ini terdiri daripada jurnal, laporan Undang-undang, statut dan buku sumbangan Puan Catherine Addruse, isteri kepada Allahyarham YM Raja Aziz Addruse.  Allahyarham merupakan seorang peguam yang terkenal dengan prinsip kemanusiaan dan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Majlis Peguam sebanyak 3 kali.  Koleksi ini ditempatkan di ruang khas di Aras 2 dan hanya boleh dirujuk di ruang tersebut sahaja.

Koleksi YM Tengku Ahmad Rithauddeen

Koleksi ini ditempatkan di Bilik Fakulti Perpustakaan dan merupakan koleksi sumbangan YM Tengku Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail, mantan Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.

Koleksi Undang-undang ASEAN

Koleksi ini dibangunkan mulai 2013 dan terdiri daripada buku berkaitan Undang-undang negara ASEAN yang ditempatkan di Ruang Santai Perpustakaan. Bahan ini diberi awalan ‘22’ dan boleh dipinjam.

Perkhidmatan

PELAJAR DAN KAKITANGAN UKM

Bil

Kategori

Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa

Koleksi Am

Koleksi Tanda Merah (TM)

1.

Pelajar Prasiswazah

7 buah/ 14 hari

1 buah/ 3 hari

2.

Pelajar Pascasiswazah

20 buah/ 40 hari

1 buah/ 7 hari

3.

Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak)

25 buah/ 60 hari

1 buah/ 14 hari

4.

Ahli Akademik/ Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat)

10 buah/ 30 hari

1 buah/ 14 hari

5.

Pegawai Universiti

25 buah/ 60 hari

1 buah/ 14 hari

6.

Kakitangan Sokongan

5 buah/ 14 hari

1 buah/ 14 hari

7.

Keahlian Kehormat – sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskhah buku

25 buah/ 60 hari

1 buah/ 14 hari

8.

Permata Pintar

3 buah/ 14 hari

1 buah/ 3 hari

9.

Asasi Pintar

5 buah/14 hari

1 buah/ 3 hari

AHLI LUAR PERPUSTAKAAN UKM

Bil

Kategori

Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa

Koleksi Am

Koleksi Tanda Merah (TM)

1.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

2.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Swasta

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

3.

Pelajar Luar Negara

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

4.

Kakitangan Kerajaan

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

5.

Ahli Korporat Institusi (10 orang)

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

6.

Orang Perseorangan

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

7.

Pesara UKM

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

8.

ALUMNI UKM

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

9.

Ahli Keluarga Kakitangan UKM

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

DENDA LEWAT MEMULANGKAN BUKU

Kadar denda bagi sebuah buku adalah seperti berikut:

  • Koleksi Am 30 sebuah buku sehari
  • Koleksi Tanda Merah 00 sebuah buku sehari

Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti (perpustakaan ditutup)

DENDA MENGHILANGKAN BUKU

Denda akan dikenakan seperti berikut:

  • Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses RM100.00 ATAU mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM100.00 ATAU membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM100.00.
  • Denda lewat pemulangan buku (jika ada).

Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM

Bil

Kategori

Yuran Tahunan (RM) – SEPENUH MASA

RUJUKAN

PINJAMAN

1

Pelajar Prasiswazah (Warganegara)

PERCUMA

50.00

2

Pelajar Prasiswazah (Bukan Warganegara)

PERCUMA

70.00

3

Pelajar Pascasiswazah (Sarjana & PhD) (Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan

PERCUMA

150.00

75.00 (SEPARUH MASA)

4

Pelajar Pascasiswah (Sarjana & Phd) (Bukan Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan

PERCUMA

200.00

100.00 (SEPARUH MASA)

5

Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak)

PERCUMA

50.00 – 70.00

6

Ahli Akademik/ Tutor/ Felo* (Sambilan/ Pelawat)

PERCUMA

75.00 – 200.00

7

Pegawai Universiti

PERCUMA

PERCUMA

8

Kakitangan Sokongan

PERCUMA

PERCUMA

9

Permata Pintar

PERCUMA

PERCUMA

10

Asasi Pintar

PERCUMA

100.00

* Mesti sertakan surat pengesahan/ lantikan Universiti/ Jabatan

 Keahlian Luar Perpustakaan

Bil.

Kategori

Yuran Tahunan (RM)

Kelayakan Keahlian Berbayar

Rujukan

Pinjaman

Kemudahan

1.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam/ Swasta* (Ahli PERPUN)

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

2.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT/ Swasta * (bukan Ahli PERPUN)

 

Keahlian Rujukan

RM100.00

X

Keahlian Pinjaman

RM200.00

3.

Pelajar Luar Negara*

 

Keahlian Rujukan

RM200.00

X

Keahlian Pinjaman

RM400.00

4.

Kakitangan Kerajaan*

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

5.

Ahli Korporat Institusi (10 orang)

 

Keahlian Rujukan

RM2,000.00

X

Keahlian Pinjaman

RM4,000.00

6.

Pesara UKM

 

Keahlian Rujukan & Pinjaman

Percuma

X

7.

Keahlian Kehormat – Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku

 

Keahlian Rujukan & Pinjaman

Percuma

8.

Alumni UKM

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

9.

Orang Perseorangan

 

Keahlian Rujukan

RM200.00

X

Keahlian Pinjaman

RM400.00

10.

Ahli Keluarga Kakitangan UKM

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM10.00

11.

Ahli Harian

 

Keahlian Rujukan

RM20.00

X

Keahlian Pinjaman

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

12.

Pelajar Sekolah Menengah

 

Keahlian Rujukan

Membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah

X

X

Keahlian Pinjaman

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

*Sila bawa kad matrik/surat pengesahan/pengenalan diri daripada perpustakaan/jabatan/institusi masing-masing.

Perpustakaan Undang-Undang menyediakan perkhidmatan ini bagi membantu pelanggan mendapatkan bahan atau maklumat dalam bidang yang berkaitan dengan undang-undang. Pelanggan yang ingin mendapatkan rujukan ataupun khidmat nasihat boleh merujuk terus ke Unit Perkhidmatan Maklumat, Aras 2.

Untuk menyokong perkhidmatan ini, Perpustakaan Undang-Undang menyediakan beberapa pangkalan data iaitu:

Pangkalan Data yang Dilanggan

Penerbitan-Penerbitan  Elektronik Lain (CD-ROM)
  • Bankruptcy Handbook: Forms on Disc
  • British Company Law Library
  • British Tax Guide
  • CCH Electronic Library
  • Encyclopaedia of Forms and Precedents on CD-ROM
  • Halsbury’s Laws Consolidated Index
  • Justice
  • Malaysian Court Forms in Civil Proceedings
  • Mallal’s Digest on CD-ROM
  • Refworld
  • Singapore and Malaysian Case Law Libraries
  • Statute of Malaysia on CD-ROM

Pelanggan boleh meminjam atau mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan Undang-Undang dari institusi lain dari dalam dan luar negara. Antara Perpustakaan yang menyertai sistem ini termasuklah British Library, semua Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), semua perpustakaan yang menjadi ahli Sistem Pembekalan Penerbitan yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan dari institusi lain yang dicadangkan oleh pelanggan.

Kelayakan Memohon

Keutamaan mendapatkan perkhidmatan ini diberi kepada ahli akademik/ikhtisas/pentadbiran, pelajar pasca siswazah dan pelajar-pelajar tahun akhir Perpustakaan Undang-Undang.

Cara Memohon

Pelanggan diminta mengisi borang permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) melalui sistem iQuestdengan memberi maklumat yang lengkap dan tepat mengenai bahan yang diperlukan. Permohonan akan diproses oleh kakitangan bertanggungjawab dan dihantar ke institusi dalam negeri dan juga ke luar negara. Pemohon akan dikenakan bayaran kos bahan yang dibekalkan serta bayaran perkhidmatan.

Jangkamasa Penerimaan Bahan

Jangkamasa penerimaan bahan ialah di antara 1 minggu hingga 2 minggu. Pelanggan akan dihubungi melalui e-mel atau telefon sekiranya bahan telah diterima daripada institusi pembekal. Tempoh pinjaman bahan tersebut pula adalah selama 2 minggu.

Bayaran Perkhidmatan1. Bahan dari Dalam Negara

PERCUMA untuk semua permohonan artikel dan buku.

2. Bahan dari Luar Negara (British Library)

a. Ahli Akademik

Bahan
Bayaran
Artikel

PERCUMA untuk 5 artikel setahun
Artikel yang keenam dan seterusnya – RM10.00 per artikel

Buku

RM20.00 per buku

b. Pelajar Pra Siswazah Tahun Akhir dan Pasca Siswazah

Bahan
Bayaran
Artikel

PERCUMA untuk 3 artikel setahun
Artikel yang keempat dan seterusnya – RM10.00 per artikel

Buku

RM20.00 per buku

Kursus Kemahiran Maklumat Undang – Undang

Perpustakaan Undang – Undang menawarkan perkhidmatan bimbingan dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan perpustakaan khususnya  sumber bahan undang – undang  dengan  cekap, berkesan dan berdikari. Kursus ditawarkan kepada semua pelajar dan kakitangan UKM. Kursus ini mengandungi 3 modul iaitu :

UK1011: Kursus Kemahiran Maklumat Sumber Elektronik

UK1011: Kursus Kemahiran Maklumat Sumber Bercetak 
(sila klik untuk muat turun modul)

LS583: Kursus Kemahiran Maklumat Perisian Bibliografi Endnote (penekanan kepada gaya footnote FUU)

Pendaftaran

Semua urusan pendaftaran kursus boleh dibuat melalui Meja Penasihat Pembaca, Aras 1 ATAU di kaunter Pinjaman dan Pemulangan Aras 1, Perpustakaan Undang – Undang 

Hasil daripada maklumbalas pelanggan, Aras 2 Perpustakaan Undang-Undang telah dijadikan zon senyap. Pewujudan son senyap ini bertujuan menyediakan ruang yang kondusif untuk membuat rujukan, penyelidikan, tugasan serta mengulangkaji pelajaran. Perbincangan secara berkumpulan hanya dibenarkan di bilik-bilik perbincangan dan juga di Aras 1 sahaja.

Kemudahan

Hubungi Kami

Perpustakaan Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor DE, Malaysia
603-89216392 (Kaunter) 603-89216393 (Pejabat)
603-89216397 (FAKS)
Lawlib@ukm.edu.my