LET'S READ FOR 10 MINUTES & LEARN TO FOLD CLOTHES TOGETHER WITH THE TUNAS UKM CHILDREN!




Program Jom Baca 10 Minit bersama Biro Perpustakaan Kanak-kanak SUKMANITA dan pelajar latihan industri Perpustakaan Tun Seri Lanang telah berlangsung dengan penuh ceria pada 20 April 2026 di Tadika Tunas UKM.
Program dimulakan dengan ice breaking dan seterusnya aktiviti praktikal di mana adik-adik diajar teknik melipat baju secara langkah demi langkah, bermula daripada membentang baju, melipat lengan, sehinggalah lipatan akhir yang kemas melalui penceritaan buku “Mari Melipat Baju Bersama Faris dan Aliah”. Suasana menjadi semakin meriah apabila kanak-kanak diuji dalam pertandingan melipat baju mengikut saiz besar dan kecil bagi memupuk sifat berdikari serta galakan untuk membantu ibu bapa dan menguruskan barangan sendiri di rumah.
Setelah selesai beraktiviti fizikal, program diteruskan dengan sesi Jom Baca 10 Minit yang memberi ruang kepada adik-adik untuk meneroka pelbagai bahan bacaan. Apa yang menarik perhatian, kanak-kanak turut tampil ke hadapan dengan penuh semangat untuk berkongsi semula ringkasan kisah yang telah mereka baca kepada rakan-rakan yang lain.
Terima kasih kepada pihak SUKMANITA, PTSL, para pelajar latihan industri dan pihak Tadika Tunas UKM atas kerjasama yang luar biasa dalam menjayakan misi murni ini.
Jumpa lagi di program akan datang! ![]()
“Ilmu, Mutu dan Budi”