Abu Zaki Fadzil

LATAR BELAKANG

Allahyarham Abu Zaki Fadzil atau nama sebenarnya Abu Bakar Bin Haji Mohammad Fazil dilahirkan pada 11 November 1926 di Jejawi, Perlis. Selain nama pena Abu Zaki Fadzil, dia juga menggunakan nama Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu dan Ramuna. Beliau merupakan seorang penulis dan seorang pendakwah. Allahyarham meninggal dunia pada usia 54 tahun iaitu pada tahun 1980an. Beliau menetap di 101-B, Rumah Pagsa Jalan Sungai Baharu, Kampung Baharu, 50300 Kuala Lumpur. Abu Zaki Fadzil merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Dari segi pedidikan, beliau telah mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Kuah, Langkawi pada tahun 1930an. Seterusnya beliau mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Suka Menanti, Alor Setar dan tamat pada Darjah 5. Beliau juga telah mendapatkan pendidikan di Sekolah Arab Maktab Mahmud, Alor Setar.

KERJAYA

Abu Zaki Fadzil memulakan kerjayanya dengan menjadi seorang Guru Agama di Kedah selama satu tahun. Setelah itu, beliau menjadi Guru Agama di Singapura pada tahun 1950an. Disamping itu, beliau pernah menjadi seorang Pengarang di Penerbitan Melayu Raya di akhbar Melayu Raya. Beliau juga menjadi seorang pengarang di penerbitan HARMY yang menerbitkan majalah Mutiara dan Fesyen, Pengarang majalah hiburan di Singapura pada tahun 1950an, Pengarang di Ahmadiah Press, Majalah TUNAS – bahan bacaan kanak-kanak (1952-1956), Pengarang di Utusan Melayu, Kuala Lumpur (1956-1962) mengenai rencana agama, Pengarang Khas Berita Harian dan Berita Minggu dengan menulis mengenai soretan cerpen dengan nama pena DALI pada tahun 1960. 

Abu Zaki Fazil juga pernah menjadi seorang Pengurus Penerbitan Pustaka Menara iaitu menerbitkan novel dan buku agama. Selain itu, beliau juga menjadi seorang penulis forum rancangan agama terbitan RTM dan juga pengarang di Majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bertemakan kisah-kisah Al-Quran. Pekerjaan yang dilakukan beliau sehingga bersara ialah menjadi Guru agama di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

KARYA

Selain terlibat di dalam bidang dakwah, Allahyarham juga melibatkan diri dalam bidang penulisan. Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan lebih dari 10 buah bahan penulisan yang merangkumi pelbagi jenis bahan penulisan antaranya Cerpen, Cerita Kanak-Kanak, Puisi, Esei dan penulisan umum. Salah satu judul penulisan beliau ialah Musnah di telan Laut, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 42 halaman. 

PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN

Allahyarham Abu Zaki Fadzil banyak melibatkan diri di dalam dunia dakwah. Beliau telah menubuhkan Persatuan Penulis iaitu Lembaga Pembangunan Bahasa Melayu Kedah (LPBM) di ketuai oleh Afrini Adham. Beliau juga telah melibatkan diri dalam penubuhan Kumpulan Budi Utama (Kebudayaan), menjadi AJK Agung Jam’iyah al-Da’wah al-Islamiah Selangor di dalam Jawatankuasa Penerangan dan Jawatankuasa Pelajaran. Pada tahun 1972, Abu Zaki Fazil melibatkan diri di dalam Program Kursus Perkaderan Dakwahh Gelombang Pertama, dan pada tahun 1975 di dalam Program Kursus Perkaderan Gelombang Kedua serta Program Kursus Perkaderan Dakwah Gelombang Ketiga pada tahun 1978. Beliau juga pernah menjelajah Wilayah Persekutuan dan Selangor dan IPT untuk berceramah, forum dan seminar mengenai Islam. Allahyarham Abu Zaki Fadzil pernah memangku sebagi Ketua Penerangan Jam’iyah Malaysia dan terlibat dengan penubuhan Jam’iyah Malaysia yang dianggotai negeri Melaka, Perak, Selangor pada tahun 1970. Dalam tahun 1980an beliau tidak banyak terlibat dengan Jamiyah kerana keuzurannya. Beliau menghabiskan masanya dengan menjadi guru agama dan mengajar Al-Quran. Beliau juga telah menubuhkan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) bersama rakan-rakan seperjuangannya. 

Melalui keluarga Allahyarham Abu Zaki Fadzil, meraka telah menyumbangkan koleksi bahan Allahyarham kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang untuk simpanan dan pemeliharaan. Koleksi yang diserahkan berjumlah 1,118 judul yang terdiri daripada buku-buku Arab dan Melayu dalam pelbagai bidang. Sebahagian kecil Koleksi adalah terdiri daripada jurnal-jurnal ilmiah dan majalah iaitu sebanyak 111 judul. Jurnal-jurnal ini adalah dalam bahasa Arab dan Melayu terutamanya mengenai Pengajian Islam. Bahan-bahan buku pula terdiri daripada bidang Pengajian Islam, bahasa Melayu, Bahasa dan Kesusateraan Melayu.

Similar Posts

  • Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

    LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN : Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan anak jati Negeri Perak yang dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan di High School Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England pada tahun 1963. Kemudian, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura pada…

  • Mohd Safar Hashim

    Latar Belakang Mohd Safar Hashim adalah ahli akademik dan penulis beberapa buah buku di Malaysia. Prof Dr. Safar Hashim dilahirkan pada tahun 1948 di Butterworth, Pulau Pinang.  Pendidikan Beliau memulakan persekolahan di St Mark’s Primary School, Butterworth di peringkat rendah dan St Mark’s Secondary School, Butterworth pada peringkat menengah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di…

  • Abdul Ghafar Ibrahim

    Peneroka dan Pengasas Puisi Eksperimen Malaysia Abdul Ghafar Ibrahim merupakan tokoh seniman yang sangat dikenali masyarakat Malaysia dan merupakan salah satu pencipta dan penyair terbaik. A.Ghafar dilahirkan di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor pada 31 Ogoas 1943. Abdul Ghafar Ibrahim merupakan anak kepada seorang pengembara iaitu Ibrahim bin Khatib Husin yang sering berulang-alik antara…

  • Ahmad Nikmat Harun

    Ahmad Nikmat Harun     Latar belakangAllahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika…

  • Harun Aminurrashid

      LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN  Nama sebenar beliau ialah Harun bin Mohd Amin. Beliau dilahirkan pada 8 hari bulan Ogos 1907 di Kampung Telok Kurau, Singapura. Beliau juga menggunakan nama pena yang lain seperti Har, Gustam Negara, Atma Jiwa dan Si Ketuit. Sejak kecil lagi Harun amat gemar membaca dan ini akhirnya mendorong beliau untuk mengarang. Novel…

  • Syed Husin Ali

    LATAR BELAKANG Syed Husin Ali merupakan seorang ahli akademik bertaraf professor sebagai salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun dikenali sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu. Beliau adalah seorang cendekiawan Melayu yang hebat malahan ketokohannya sebagai ahli akademik melangkaui sempadan antarabangsa. Walaubagaimanapun, beliau kini lebih dikenali sebagai ahli politik. Beliau dilahirkan pada Rabu 23 September 1936…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *